Medium : paper,pen and hurm….photoshop
Technique : discolour fusion, enamel embrace, plus e-9.
Mak Tom stoking, seperti biasanya, duduk di pangkin pokok mangga. Ditangan kirinya menyimpul sireh. Tangan kanannya melambai-lambai, takala terpandang Jefri Plastic Surgery melintas malas di halamannya.
“Ape yang lembik sangat tu? Meh la singgah dulu” dia menyapa, sambil stoking kakinya dibetul-betulkan. Akalnya, Mak Tom Stoking, mahu tahu cerita panas Jefri Plastic Surgery. Dengar-dengarnya, Jefri Plastic Surgery nampak Kak Nab Mekap pakai push-up.
“Cerita la kat Mak Tom, cerita panas kau tu” pancing Mak Tom Stoking, sebaik Jefri Plastic Surgery melabuh punggung bikinnya. Jefri Plastic Surgery mencebik. “Dah agak dah, bukannya nak tanya pasal tulang serviks baru otter saya ni?” sambil memintal bucu beg plastiknya.
Dua, tiga hari sudah, Kak Nab Mekap datang mengadu dekat Mak Tom Stoking. Satu kampung kecoh dia pakai push-up, sebab nak mengurat Lebai merdu. Lagi heboh, bila ada yang tambah dia sumbat tisu. Datang Atan biskut anak Mak Tom Stoking pula, katanya, dia nampak Jefri Plastic Surgery bawak mulut sampai ke baruh. Makin panas push-up Kak Nab Mekap.
“Betul ke kau yang punya kerja ni Jefri?” sapa Mak Tom Stoking lembut.
Ceritanya, 3 hari sudah, Jefri Plastic Surgery melaram dengan Myvi barunya. Juah hatinya, bawa kereta sambil julur kepala luar tingkap. Entah macam mana, angin deras, ter”bluek” jatuh, mulut bikin Jefri Plastic Surgery dari soketnya. Gelabah dia mencari, dijinjingnya sampai ke baruh. Dr. Gopal anak lelaki Lapog cakap, dah sampai masa, kena tukar baru. “Ni ha, dalam plastic ni saya baru beli, ada yang macam Angelina jolie, Jessica Alba, yang macam Lebai merdu pun ada.”
“laa..jadi betul la kamu ke baruh bawak mulut?” tanya Mak Tom Stoking yang terkekeh sambil hidu stokingnya. Bengang benar Jefri Plastic Surgery, cerita tulang serviks dan Myvi barunya tak up langsung.
P/S:: Saya dahagakan komen…..jangan biarkan pelukis ini kontang. Sila beri komen membina'sakan' kalian.

Title : Elephant:Man
Medium : photoshop and brush
Technique : rebonding
Elephant:Man
The important function of an elephant inside every of us (man):Important:Yes:Very
Keberkesanan sistem ekonomi yang diamalkan oleh en. Bijan pada masa ini telah sedikit sebanyak terbukti. Apa yang amat ditakuti oleh kebanyakan peon-peon, bisnesman atau women, pesara-pesara kerajaan, pengarah, machai-macahi picisan, juruteknik, peguam, hakim, pemakan suap dan segala jenis pekerjaan nin- to-five, kini kembali tersenyum. Kes ini tidak melibatkan suri rumahtangga, dan pekerja syif malam. Sebaliknya, mamak-mamak mula berniaga dengan kurang ikhlas, ludah dalam kuah atau titiskan sebaldi peluh kedalam masakan mereka. Ini semua kerana,
Harga roti canai turun!
Sepatutnya hampir seluruh warga Malaysia-sia bertempiak “HOOray!”, betullah, ekonomi kita sudah stabil.
P/S:: Saya mula mengorek karya lama-lama untuk di letak disini supaya tidak kosong, agar kamu semua tak tuduh saya blogger yang tidak true. Saya juga masih berhutang satu design untuk sebuah kugiran. Maaf jika terlewat, saya agak ribut semusim dua ini. Saya akan kembali komited selepas ini, simpan dalam minda semua.
Medium : Paper + Pen + photoshop
Technique : lukis atas kertas, scan beberapa ketika, colour dlm photoshop dan save as.
Siapa yang tak pernah melihat alat tradisional yang ala-ala kuda berkepala duri seperti dirajah, saya umumkan anda sebagai hingusan atau terlalu kebandaran. Yang pernah nampak tapi buat-buat tak tahu, “babboon-lupa-diri-dan-perasan-muda” saya gelarkan pada kalian semua. Itu ialah kukur kelapa, dulu mak bapak kamu semua kalau parut kelapa, nak buat santan, akan bertenggek atas kuda punk ini la. Kalau terasa nak tengok kat muzium, masuk ikut pintu depan, pergi terus, pergi kiri, lepas tu straight lagi, and then pergi mati. Apahal, kukur kelapa pun tak tahu, tak kampung langsung!
* *
Sesi soal siasat bersama Profesor serba-serbi:
+ Kalau pergi mamak dan oder Roti Pak Lah, dapat roti apa?
= Roti kosong.
+ Kenapa roti kosong?
= Sebab Pak lah tekde telor, nak jadi roti telur.
+ Kalau air Pak Lah pula, air apa?
= Air cuci tangan. Sebab lepas ni, dia makan nak kena suap sendiri.
P/S:: Saya mahu tidur, esok nak bangun awal breakfast roti pak lah, kat kedai Romlah.
Medium : rough paper + Pen + photoshop
Technique : Tarik clutch, Cungit gear, ZuuuuuPpp!
Aku dah naik bisul mata, selak sini, selak sana. Orang sekarang pakat mengata merata. Macam dah lumrah, semua orang salah. Sumpah! Ludah nanah! Muntah melamine ke tanah! Yang nak turun orang tak nangis, yang nak naik tak habis-habis tabur najis. Yang si Bijan nak pukul si Hal, sebab si Hal dah tak tau nak beza mana yang halal.
Garu lutut ingatkan gatal, rupanya pijat lompat bantal. Raba sini, raba sana, cari nadi tak jumpa. Tekan tengkuk barat daya, cuba kira denyut tuanya, sudah hampir hilang sisa remajanya. Tapi masih belum jatuh citarasa, mahu semua luar Negara. Pernah sekali cuba yang Mongolia. Cerita lama, dah bercampur tipu dengan rahsia.
Pagi bangun berdiri, ingatkan dah jadi menteri kepada menteri, rupanya kat situ lagi. Raba nadi, rasa denyutan terkini, manatau ada feel luar biasa, macam dah tiba masa capai cita-cita. Tangan dok melambai kot depan, merah-merah macam setan. Mesti get ready, baru nampak steady.
Dulu suka main meriam, sekarang dah kena pegang uang. Ape jadah kau bagi pinjam duit aku, dia dan kami kat kompeni yang menjunam? Banyak cantik kau punya kurap? Kalau bankrup, baru nak menjawab tergagap-gagap.
Alahai si Bijan, bibir merah jambu nak jamin masa depan. Yang takde kena-mengena tak payah risau, jangan harap dia nak hirau. Dapat isteri si gila nama, muka macam coli pasar malam, mana ada hati bijan nak palam. Dapat pangkat, dapat darjat, dapat syahwat, rembat sampai penat. Tunggu saja masa, semua yang kau mahu ada depan mata. Yang salah jadi rahsia, yang tipu jadi berita.
Jangan letak bijan atas roti, intinya dah cukup basi. Aku mual makan hati, bagi janji berkati-kati, sampai hati. Kalau dah menteri semuanya kurap, ada tangan tapi makan bersuap. Cikgu agama pernah kata, “belajar memberi bukan menerima”. Kalau kau dah tahu memberi, baru kami fikir nak terima.

Title : Cinta separa bersatu, dan aku adalah telefon bimbit yang kehabisan kuasa
Medium : Paper, pen, and photoshop
Technique : kolarburit (apasal bunyi mcm mencarut?) bersama enchik ledisodre. Terima kasih paling istimewa buat beliau
Ya, mungkin, kita berbeza, dan ya, kita berselisih faham setiap masa, dan ya, ada masanya aku tak sanggup memandang matamu, tiap kelipnya adalah prasangka. Dan ada saatnya aku tak sanggup lagi mencerna kata-kata dari kita yang curiga.
Menilai tiap apa kurangnya kita, sedangkan manusia akhilnya tak akan sempurna,Tapi kau perlu tahu, kekasih, aku lebih tak sanggup hening hari-hariku tanpa mendengar suaramu, dan aku lebih bangsatkan saat-saat yang tanpa kita berdua. Sedang pertengkaran antara kita, adalah melodi jika aku bersendiri. Seribu waktuku tak akan sunyi, jikalau kau sentiasa disisi,
kanan atau kiri.
Dan kau juga perlu tahu, bahawa setiap perbezaan antara kita itu adalah kuasa yang mengikat hati kita bersama; kekurangan kita bagai nota-nota orkestra, yang bercantum menjadi irama bahagia. Maka kau perlu percaya, kekasih, bila aku katakan, aku ingin memilikimu,
Memilikimu, dan kekuranganmu. Setiap inci darinya.
Sah, dan ya. Aku bekata, tanpa syak wasangka.
(~ ledisodre + otakkapasitirendah)
Kau sebagai platlet darah,
Yang mengalir kedalam tubuhku,
Nadiku adalah suaramu,
Yang membuat darah itu,
Mengisi setiap ruang anggota
Kehadiranmu adalah jantungku,
Yang menafikan kematianku,
Kau yang membuatkan aku terus hidup,
Untuk mencintaimu terus,
Dan kau mengizinkan ia.
(~ otakkapasitirendah a.k.a Maiden & Khamarul)
P/S:: Hari ini saya ialah sebuah telefon bimbit, yang sudah tiba masanya kehabisan kuasa bateri. Maka, hari ini 25hb Oktober 2008, jika sesiapa cuba menghubungi saya, kamu tak akan berjaya. Kerana “Hari ini saya ENGAGED”.
Medium : Paper, pen dan photoshop.
Technique : hasilkan bunyi "KRAKK!" dengan jemari
Medium : Paper, pen dan photoshop.
Technique : Mengingati laluan untuk pulang.
Jam kakiku tepat pukul 9. Ketika aku mula memandu, keadaan sudah gelap. Ini bermaksud pukul 9 malam, bukan pagi lagi. Tiba di sebuah simpang, aku lihat sebiji timun berlendir ditepi jalan, lalu aku kutip. Rupanya se-ekor gamat sesat, hanya ada se-ekor sahaja?, mana yang lain?. “Oowh..” aku baru sedar, ini la SEGAMAT.
Jam randikku tepat pukul 9.45. Keadaan diluar masih gelap, malam lagi agaknya. Aku ditahan sekatan jalan raya. Turun cermin, mati radio, aku tanya kenapa. “kamu dah fikir masak-masak ke nak teruskan pejalanan ni?” tanya berbalas tanya. “dah” jawabku ringkas, “yang ini je mentah” sambungku lagi sambil telunjuk tepat pada gamat kutipanku tadi. “Memang sini je mentah” balas beliau. “kalau nak keluar dari kawasan ni, kene fikir masak-masak dulu” kata beliau lagi. “Oowh..” aku baru sedar, ini la JEMENTAH.
Aku meneruskan perjalanan.
Jam talifon bimbitku menunjukkan angka 10.15. Setelah 1jam 15minit, keadaan masih lagi malam, belum pagi lagi. Dari cermin pandang belakang, aku lihat sebuah kereta peronda merapatiku. Tuan polis tadi cuba mengejar aku? Apa pula salahku? “berhenti, tinggalkan benda mentah tadi di jementah” suara dari kereta peronda tadi. “owh! Tidak, gamat mentah ini milikku” aku terus menekan pedal minyak serapat rambut mawi. Aku larikan diri. Polis yang ketinggalan terus bertempik “Tangkak dia, tangkak!” terlepas slanga kelantannya akibat tergocoh. “Oowh..” aku sedar lagi, ini TANGKAK rupanya.
Aksi kejar mengejar belarutan hingga ke lebuh raya tambah (PLUS) utara selatan.
Dengan bantuan trafik yang sendat, aku menyelit untuk menjauhkan diri. Tiba disuatu tempat, airnya agak keroh. Lalu aku menangguk di AIR yang KEROH, namun mereka masih mengejarku. Dihadapan sedikit, aku menyusuri ALOR kepunyaan GAJAH, tapi mereka masih perasan. Usahaku hampa.
Setelah 45minit mereka mengejarku. Salah seorang dari mereka cuba menyemburku menggunakan penyembur lada dari tingkap sisi. Akibat kebodohan beliau, dan bantuan angin lintang, semburan itu mengenai mata beliau sendiri. “PEDAS, PEDAS!” jerit mereka. Jam randik dan kakiku menunjukkan pukul 11.00. Malam masih lagi malam, “Oowh” aku baru sedar, kini aku di PEDAS.
Setibanya aku disebuah tempat, kelihatan sebiji senjata api ditepi jalan. Kereta polis sudah makin dekat. Dalam terdesak, aku menggapai senjata api tersebut, halakan kearah mereka, aku tarik picunya. “Cis! Aku ingat senapang, rupanya SENAWANG” aku kembali memecut, dari jauh kedengaran polis-polis tadi terkekeh-kekeh menahan tawa.
Akhirnya aku berjaya juga meloloskan diri. Terima kasih tak ternilai kepada anak kemaluan lelaki (Dickson). Kerana memberi aku sembunyi di ‘PORT’nya. Bantuannya tak ternilai hinggalah apabila aku sampai di NILAI.
Dari situ aku susur keluar ke lebuh raya menuju ke Klang. Sehinggalah aku terjumpa seorang Punker yang duduk seorang diri di bahu lebuh raya. Aku berhenti, aku tanya apa kes duduk situ sorang-sorang? Sambil meludah dia menjawab “Inikan SEPANG, mana boleh ada ramai-ramai punk”. Jawapannya aku terima, nasibnya sama seperti gamat tadi.
Tidak lama selepas itu, dari jauh kelihatan polis yang mengejarku tadi duduk diterpi jalan. Kereta bersiren merah kuning mereka tertonggeng didalam jurang. Aku turunkan cermin, mati radio. Bila sudah menghampiri mereka, aku mengata “Haa..tu la, orang DENGKi dan degIL macam korang ni, memang patut tersadai kat DENGKIL ni!” setelah mengucapkan padan muka, aku meninggalkan mereka terngaga.
Jam dipapan kenyataan digital lebuh raya, tepat menunjukkan pukul 11.30. Aku menguap ngantuk tanda masih malam. Susur keluarku seterusnya di USJ, aku menuju kebelakang. Harapku bila kebelakang, aku bakal jumpa konsonen yang sebelumnya, USI, USH…..hinggalah aku bakal tiba di USA, dimana tempat asalku. Tapi, tekaanku menyimpang. Aku terkandas dijalan yang dipenuhi matahari, dan akhirnya aku ditangkap oleh matahari berjawatan polis. Polis matahari itu kata “Kamu ditangkap, kerana tidak menggunakan jalan yang ditetapkan, ini SUNWAY bukan MANWAY”.
Waktu masih lagi malam, aku tidak tengok jam, tapi aku tahu waktu masih malam. Malam itu mata aku pejam, di mahkamah matahari. Yang mana hari-hari aku bakal mengkerekot, di MENTARI COURT.
P/S:: Gambar rajah dan cerita seribu peratus tidak punya kene dan mengena. Lukisan ialah versi kedua karya Tank Are Hard To Make ‘U’ Turn. Tajuk sekundernya pula, Berak Disaster akibat banyak makan ketupat.






