8

Kimono (ekau nak poie tu jang?)


Title : kimono

Medium : Pen, paper, photoshop

Technique : menghafal ingredient Big Mac untuk makan percuma.




Seorang teman memberitahu saya, semalam adalah kali pertama dia mengucapkan kata-kata “Selamat hari ibu” pada ibunda beliau. Dan respon dari ibunya ialah “Sejak dah ada girlfriend ni, baru tau nak wish”. Teman saya hanya ketawa. Dalam hati saya “agak derhaka juga dia”.


Mendengar cerita beliau, saya pun memberi sebab dalam keadaan spontan “Bila dah ada girlfriend ni, baru kita belajar mendalami hati perempuan agaknya”, seraya itu kami sama-sama tersengih dan nampak beliau pun turut bersetuju.


Kenyataan diatas kedengarannya seperti masuk akal. Kerana, semalam juga kali ke duanya saya menyambut hari ibu, setelah dua tahun saya bersama kekasih saya. Mungkin juga kebetulan. Dan yang pasti, saya kurang setahun menderhaka berbanding beliau.


Untuk lukisan diatas, adalah sedikit sebanyak memori ketika berkunjung ke Jepun. Muka watak kelihatan seperti sedikit maskulin. Mungkin juga beliau adalah transeksual, dan saya tidak ada masalah dengan itu. Saya juga hairan, kenapa ada golongan yang bermasalah dengan masalah orang lain. Sepertinya mereka itu terlalu sempurna, maka kita lupakan.


Karya kejepunan ini juga mempunyai sebab yang lain. Selain minyak wangi berjenama “Issey Miyaki” sebagai hadiah untuk hari ibu, dan iklan nippon paint yang sangat mengkagumkan, ianya juga ada kena-mengena dengan keterujaan saya melihat video-video dua orang individu jepun yang hyperactive ini. Mempersembahkan Tetsu and Tomo (ketika ini mata memandang lukisan selama seminit, kemudian klik butang main untuk video di bawah). Selamat berhibur.



P/S :: Saya telah di “TAG” oleh dua individu pada minggu lepas, iaitu Fareenz dan Dila. Untuk Dila, ini kali kedua kejadian ini berlaku. Maaf saya sampaikan pada kedua-dua individu ini. Tajuk TAG kamu saya rasakan amat tidak sesuai untuk remaja seusia saya. Mungkin juga lain kali sahaja. (sila lihat video tadi untuk meredakan rasa kecewa anda). Dalam versi punk rock untuk Dila.



21

Kuda gerbang




Title : kuda gerbang (bukan kepang)
Medium : graphic marker, paper, photoshop (cutout effect)
Technique : angkat, tolak, masuk, picit.



Ini tiada kena mengena dengan lukisan.

Siapa sempat kenal pada pelakon wanita bernama Lydiawati? Kalau ya, anda juga pasti pernah melihat cerita Maero Attack, saat kecil-kecil dahulu setiap jam 4.30 in the petang. Dan selepas itu pula, cerita bersiri untuk emak-emak, Oshien. Dan kamu juga pasti kenal Ahmad Tarmimi Seriga, lebih sebagai pengacara More Jutaria. Jika kamu familiar dengan nama-nama dan tajuk cerita yang disebutkan dalam huruf gelap diatas?

Anda sudah dewasa, Secara umurnya. (baca: Tua)


Ini ada kena mengena dengan lukisan.

Kuda gerbang, bukanlah sebuah nama yang sepadan dengan karya ini. Kedengaran sangat cacat untuk karya yang sebegini flawless. Justeru, saya ingin menerangkan alasan mengapa terjadi kejadian ini. Telus saya katakana, lukisan asal adalah hodoh atau hideous (untuk pembaca luar Negara). Dan hasil pembedahan plastic yang dilakukan terhadap lukisan tersebut, ianya berjaya di indahkan.

Ini lebih kena mengena dengan lukisan.

Ayu minum kopi,
Minum kopi,
pada terbit matahari,

Gerbang rambutnya,
Mengkuda.
Menggoda untuk dikuda.




p/s :: ‘Ayu’ bukanlah sebuah nama. Ianya bermaksud perempuan yang cantik. Tapi teman wanita saya lebih cantik!, tanam kata-kata tadi dalam pemikiran kamu semua.

19

Mata Bionik


Title : Mata Bionik

Medium : orange paper, pen and photoshop

Technique : summersault berpusing




Aku,

Ingin ke ufuk,

Memilih warna.


Baris,

Warna ku patri,

Jadi pelangi.


Misal,

Renyai terhenti,

Disana nanti.


Air,

Mata ku titis,

Menjadi ganti.


Semalam, Juardino (memang nama sebenar) kemalangan kecil ketika meronda ibu kota, kelisanya kini bermuncung pecah. Dia tak tercedera, terima kasih pada tali pinggang keselamatan katanya. Bila bercakap tentang keselamatan, saya lalu terfikir, kenapa tidak dipasang tali pinggang keselamatan didalam bas? Menteri pengangkutan, sila angkat tangan?


Bercerita tentang bas, tahukah kamu jika semua orang menggunakan perkhidmatan bas, harga minyak boleh di kawal? Dan semuanya tergantung pada kaum sepak-kelangkang-tak-senak-punye. Ye, wanita.


Kenapa? Mari kita bincangkan.


Sebab teorinya, tiada perempuan mahukan seks dengan si Bus Rider. Walau namanya agak kool (Bus Rider), macam mask rider atau kamen rider. Sudah kurang jumlah Bas Rider versi lelaki, tahu kenapa? Kerana teori yang disebut tadi, disebut lagi dengan huruf besar “TIADA PEREMPUAN MAHUKAN SEKS DENGAN SI BUS RIDER”


Peluang untuk “get laid” selaku penunggang bas amatlah tipis. Nadaa~ atau Na’a’a. Jarang terjadi perempuan kata begini “semalam I bermadu asmara dengan satu mamat naik bas ni”. Kebanyakan lebih berbangga dengan cerita begini “U tau, I dah….ah! tak penting la, dia ada escalade”.


Jadi, perempuan sila bikin statement “Lelaki naik bas kelihatan hot dan seksi, kami mahu seks dari kamu!”, jika harus bikin sepanduk, lagi bagus.


Bila kurang naik kereta. Kurang isi minyak. Kurang permintaan, maka banyak simpanan. Harga pula kalau tak direndahkan, pasti susah nak naik. Tak percaya? Tanya Menteri pengangkutan (sila jawab soalan diatas dulu ya encik menteri).


Maka, selepas ini. Jika kamu (kaum sepak-kelangkang-tak-senak) terpaksa membayar empat puluh ringgit lebih untuk seliter minyak tanpa plumbum. Ingat Perempuan, itu semua salah kamu!




17

Mentari Ink!






Title : Mentari Ink (episode satu)

Medium : graphic marker, betis ku yang kering dan fon K1880i (sonyErikson)

Technique : keluar berseluar pendek dan nampak cool




Welcome to Mentari Ink!


Tattoo palsu kita pada kali ini bertajuk, “Tangan dan ros berduri, darah itu pemberi masin kehidupan”.

Tiada sentimental value pada pemilik, sekadar mahu berangan.


Sekian sahaja episod kali ini.


*************************************************************************************



Apa yang bakal kamu baca ini adalah kisah benar, jangan sekali-kali berasa doubtful.

Kejadian bertempat di dalam lif Mentari Court, menuju ke tingkat ber”feng shui” kaya, tingkat LAPAN.



Pakcik : Tingkat berapa dik?


Aku : Lapan pakcik, takpe saya boleh tekan sendiri.


Nigger 2 org : nuga nuhga\kakakllmsms klu…kluk (bahasa pasar uganda)


TING! ( Disini, watak pakcik tadi tamat) Lif tutup semula dan terus menuju ke tingkat 8


Nigger satu : Hey! Man?


Aku : Hey! What’s hot?


Nigger satu : Are you Chinese? (muka curios, sambil pitchingnya agak tinggi dihujung soalan)


Aku : Are you drunk or colour blind? Just look at my skin colour and hair then justify.


Nigger dua : dude! you’re sick, you’re Chinese with afro hair..cool!


Aku : F…… (TING! Sampai dah,)






P/S :: Cuba tengok gambar kecil di sudut kiri windows anda, mamat kacak berbaju belang itu, sampai saat ini masih kurang percaya. Dia kini sudah cerah (dan bertatoo).




21

Campoq Tangan



Title : Campoq Tangan (design kasar untuk baju “T” BloodOnWeddingDress)
Medium : paper, pen, and photoshop
Technique : Servis 'S' keluarga sidek


“Perjuangan itu, ialah huruf "P" yang besar, dan diperbuat dari tangan-tangan yang berpegangan. "P" itu, PUNK!”
- otakkapasitirendah, 10.30pm, 24 April 2008





“senarai”


Pernah dengar? kata akar yang biasa bukan? Bahasa malaysia boleh jadi luar biasa dan ini buktinya.


Pernah dengar “penyenaraian”?


Luar biasa bukan?

Macam nama orang beragama hindu pun ada (sebut berulang-ulang kali). Aku yakin pemberita semalam sedang sapu minyak gamat pada lidah tergeliat beliau, sambil doakan kemalangan ngeri pada si penulis berita.

Orang tanah Malaya-sia2, memang fani. Hehe!




Pernah anda tererangkap dalam keadaan begini? Terjumpa kawan lama, dan dia memuji anda tapi anda tidak mampu puji kembali?

Situasi ini terjadi semasa saya ke bank (mengeluarkan duit yang terlalu banyak). Setelah bersalaman, teman lama ini memuji saya kacak, nampak bergaya dan berjaya. ”thank…errr” jawab saya lambat, kerana dia kelihatan bertentangan dan macam haiwan. Setelah puas mencari sesuatu untuk dipuji akhirnya, “nice goatee, well trimed” kata saya memuji balas.

Kemudian kami berjabat, dan saya terus berlalu meninggalkan dia yang dulunya, bekas ketua pasukan pandu puteri dan pasukan sorak sekolah.

Dulu, dia juga cantik.






P/S :: Ingat lagi pada Man Dagu Manggo (MDM)?, Dia kata “ Buat design baju untuk band aku, design yang ngeri + keji + busuk + huduh + nanah + keperitan + seksa dan derita sikit biar orang muntah vacuum tengok” saya jawab “Aku lukis muka ko je la kalau macam tu” sambil bakar dagu dia, buat minyak pengasih.

7

Gagak lupa, tak boleh terbang sambil berdoa



Title : Gagak lupa, tak boleh terbang sambil berdoa
Medium : paper, pen, and photoshop
Technique : bantuan pernafasan mulut ke mulut (wanita cantik sahaja)


Susulan entri yang lepas, seraya tindakan penting diri saya yang mahu memudahkan kerja. Kini memakan diri, apabila terpaksa menjadi hakim tanpa dilantik untuk memilih pemenang. Ini tugas berat bagi si kacak, yang sentiasa buntu memilih ajakan wanita-wanita apabila masuk waktu makan malam.

Saya yang kacak dari darjah dua lagi ini, memang terkenal dengan sifat atas pagarnya. Pengalaman pertma mengundi, adalah ketika dipaksa undi untuk ketua kelas 3 cempaka dengan bilangan penduduk seramai 28 orang. Undi dikira dengan mengangkat tangan pada calon pilihan anda. Hanya dua nama sahaja tercalon, kerana sifat saya yang sangat gemar menjadi watak "saya cadangkan, cadangan ditutup".

Pada undian pertama, setelah dicatit di papan hitam (sebenarnya warna hijau pekat) jumlah undian setiap calon. Cikgu mengira jumlah keseluruhan undi, dan didapati kekurangan dua undi. Setelah disiasat saya dan seorang rakan seRebel, tidak mengangkat tangan untuk mana-mana calon. Kami disuruh undi sekali lagi, saya dan rakan seRebel diberi warning.

Setelah proses yang sama berlangsung secara life dan tanpa campur tangan pihak atasan, undi keseluruhan dikira lagi. Kali ini cikgu dapati undi terlebih 2 orang, dia kini terhidu pengundi hantu wannabe. Siasatan lanjut mendapati, saya dan rakan seRebel (RsR) buat hal lagi. Kami angkat untuk kedua-dua calon. Sekali lagi kami disuruh mengundi semula, dan saya dan RsR di beri warning kedua beserta beberapa hentakan siku orang dewasa ke umbun-umbun muda kami.

Undian ketiga memaksa saya dan RsR memikirkan cara terbaik untuk masih berada diatas pagar tanpa dikesan. Hasil akal melangkau umur sebenar saya ketika itu, kami dapat solutionnya. Ya, memang ketika itu saya sebut "aku dah dapat solutionnya", dewasa bukan?

Pada akhir undian ketiga, didapati keseluruhan undian tepat 26 orang dan majoriti dimenangi budak lelaki yang lembut dan suka mengorek hidung itu. Dalam masa yang sama, saya dan RsR tersengih puas disudut belakang kelas. Kami berjaya tidak memilih mana-mana calon tanpa disedari. Dan ini kata -kata RsR sebelum kami meghabiskan sesi persekolahan hari itu,

"dude, (26-2) + (26+2) / 2 = 26, you are brilliant!"

Itu ialah stratergi kami, apa tindakannya? figure it out.



Sila klik "Kenapaku Kopek Puzzle?" ini, untuk mengetahui keputusan pertandingan yang sangat mendapat sambutan walau tanpa habuan, yang lalu.

31

"Kenapaku Kopek Puzzle?"




Title : "Kenapaku Kopek Puzzle?"
Medium : paper, pen, and photoshop
Technique : memintal hingus dan calitkan pada permaidani jiran.




Berikut adalah susunan keputusan bagi pertandingan tanpa sebarang habuan yang lalu. Mengikut kedudukan undi dan komen hakim : (sila terima kenyataan)

1. "Kenapaku kopek puzzle?" :: anonymous
Tahniah, anda menang! Maksud "setiap insan itu bertanggungjawab terhadap kemusnahan dunia dan patut menyesalinya" dapat disampaikan dengan terang. Saya juga sangat sukakan "kopek". Dan sila pamer nama selepas ini, kini anda sudah melepaskan peluang menjadi popular.


2. The pledge :: axe
Tajuk ini menarik, tapi tidak berunsur seks. Maka dia kalah sedikit sahaja.


3. Pencuri Matahari :: sarah san
Setelah dinilai, watak bukanlah pencuri dimaksudkan. Dia tidak memakai stoking wanita dimuka dan memegang besi pengompel pintu.


4. Gile Kuasa :: shikin
Tajuk yang hampir tepat, tapi ahli terdekat atau teman wanita memang tak dibenarkan menjadi pemenang, kurangkan kontroversi.


5. Ini hak aku :: robot
Dan ini juga hak aku untuk tidak memilih kamu sebangai pemenang. Terlalu aggressive, robot memang tak punya perasaan.


6. Kenapa ia disingkirkan, dan biarkan sesuatu yang hitam menutup cahaya yang cerah
:: mukrimania
Apa yang panjang sangat ni?, kalau terpilih mampu mencacatkan rupa paras blog ini.


7. Rambutku lari dibawa angin menjadi kepulan awanan :: cipung
Hahahahahahahahhahaahah! Hahahahhaha! Hahahah! Fani.


8. Jingga :: zureen
Mungkin sesuai bagi nama kugiran ala-ala indopop, boleh lawan unggu.


9. The missing pieces :: don carleone
Missing pieces of Britney ke? Idea anda menarik, tetapi kerana kepayahan mengeja nama kamu, membuatkan markah kamu kurang.


10. B_OTAK :: ad_apeng
Walaupun usaha yang cukup gigih diberikan oleh anda. Tapi title abang ipar itu termasuk dalam kategori ahli keluarga. Sila masuk pertandingan keluarga lain.


Pihak penganjur mengucapkan ribuan terima kasih, kerana melayan. Harap boleh beri kerja sama pada lain waktu. Sebarang bantahan sila simpan, atau belanja saya makan dengan penuh rasa marah.



**************************************************************************************************************************************************************************************