2

Pootong




Title : B untuk Beruang
Medium : paper, pen and photoshop
Technique :Melancarkan sistem cerna


Jadual 45 minit sebelum pergi kerja :

6.15a.m : Celik mata, picit telefon bagi diam.
6.16a.m : Minum air.
6.17a.m : Melangkah lemah ke bilik mandi.
6.18a.m : Cubaan berak ber'timer'kan rokok.
6.21a.m : Bersuci walau cubaan tidak berjaya.
6.24a.m : Gosok gigi dan mansucikan muka sedia ada suci.
6.30a.m : Senyum depan cermin (sambil hati berkata "jangan picit jerawat").
6.32a.m : Mandi, basah.
6.40a.m : Selesai, kering.
6.41a.m : Pakai boxer, dan kanta lenkap.
6.42a.m : Pakai lipstick dekat ketiak.
6.43a.m : Sarung baju, seluar, dan menyinsing lengan.
6.44a.m : Ikat jam di tangan dan bungkus stokin di kaki.
6.45a.m : Minum kopi bersama roti dan mentega kacang.
6.50a.m : Sembur wangian.
6.51a.m : Bersemuka depan cermin, adjust rambut.
6.53a.m : Angkat tangan dan kemaskan baju yang sedikit keluar.
6.55a.m : Ambil dompet dan kunci, sisipkan pen ke poket dada.
6.56a.m : Sarung kasut, kanan dan kemudian kiri.
6.57a.m : Pulas tombol pintu dan sebut "DEMMIT!"
7.00a.m : Berak.

 


P/S:: Plup!

4

E sama dengan MC dua kali




Title : E sama dengan MC dua kali
Medium : paper, pen and photoshop
Technique : Mengelirukan doktor untuk MC


Pada 1905 teori E=mc2 terhasil dari cebisan otak seorang yahudi. Seluruh alam hingga kini mengagumi tahap bijak fikir Encik Albert Einstein. Katanya, Tenaga (E) berkadar langsung dengan Isipadu/Saiz (m) dan Kepantasan Cahaya Kuasa Dua (c2), "Energy equal to Mass and Speed of Light Squared". Kenapa perlu ada kepantasan cahaya kuasa Dua? Pertama, setiap pergerakan adalah "masa" dan masa disukat dengan kepantasan cahaya, iaitu kepantasan yang paling pantas. Kedua, supaya beliau nampak lebih bijak.

Kerana keyahudian beliau, setiap ciptaan perlu ada agenda. Pertama, terciptanya "BEER" minuman beralkohol yang berbuih, disebabkan teori beliau kita kini tahu potensi atom dan mencipta buih. Kedua, terhasilnya nuklear. Walau sejuta kebaikan juga terhasil dari teori ini, kedua-dua hasil tadi adalah ciptaan yang membinasakan seluruh pelosok bumi.

Saya tidak pernah percaya beliau sebijak saya, maaf penganut Scientology. E=mc2 adalah mengarut dan tidak masuk akal.

Jika Energy equal to Mass, bermakna lebih besar kuasa maka lebih besar saiznya. Mengapa ada orang yang saiznya kecil boleh menumpaskan orang yang bersaiz besar? Mengapa Kane boleh tumpas pada Ray Mysterio yang bersaiz poket?

Ini kerana beliau mengabaikan satu perkara yang tidak mampu disukat, roh. Roh adalah tenaga yang menggerakkan kita. Kaum China menggelarnya Qi, kuasa dalaman yang boleh dikawal menggunakan minda.

Sebetulnya, teori yang paling tepat ialah, E=mp?

Begini, Energy (E) equal to Metaphysics (mp) and Speed of Darkness (?). Kuasa berkadar langsung dengan Sesuatu Yang Tidak Mampu Disukat (roh), dan Kepantasan Kegelapan. Tanda soal mewakili simbol yang belum dicipta. Mengapa kepantasan kegelapan? Pertama, kamu pernah tahu tentang Lohong Gelap (Black Hole), dimana ia mampu menangkap cahaya. Kalau gelap mampu menangkap cahaya, siapa lebih pantas? Kedua, kerana saya mahu nampak lebih bijak.

E=mc2 sehingga kini masih lagi kekal sebagai TEORI dan belum punyai bukti.


P/S:: Bila boleh dapat nobel ni?

2

Paus Puas







Title : Paus Puas
Medium : paper, pen and photoshop
Technique Rumah Sakit


Pernah kamu terfikir, setiap apa yang kamu lalui semenjak lahir telah lama ditakdirkan untuk mempersiapkan diri kamu pada masa depan?

Kamu bayangkan ini;

Kamu dilahirkan sedikit cerah dari bayang-bayang sendiri. Rambut kamu bergulung bagai hindustan berguling menuruni bukit. Kamu sudah biasa jadi budak baru dalam sekolah, 2 tadika, 3 sek. rendah, 4 sek. menengah. Kamu belajar bahasa arab di tadika Al-Arqam, tingkatan 1 hingga 3 dan gagal, 3 semester semasa di universiti dan masih gagal. Kamu tidak tahu apa fungsi semua ini berlaku pada kamu.

Isteri kamu berhenti kerja, anak pertama kamu masih belum fasih berbicara, kini anak ke-2 pula (Tahniah pada saya), dan rumah kamu besar sedikir dari kangkang anak kera. Kamu punyai kereta yang layaknya dihantar kerumah orang-orang tua atau gila, atau rumah orang-orang tua yang gila. Kamu tidak risau mati kemalangan, kamu lebih risau mati dibunuh oleh kereta kamu. Segalanya perlu ditukar dan berubah, kamu tidak tahu kenapa semua ini berlaku pada kamu.

Kamu melukis dan menulis sampah di blog dan berhenti selama 3 tahun. Kamu nyaris terlupa username dan password blog kamu sendiri. Kamu tidak pernah punya lesen sah memandu. Kamu dilepaskan dari senarai hitam keluar negara walau tidak keluar sesen. Atas sebab apa perkara begini berlaku.

Jawapannya,

Doha, Qatar.
Dimana segalanya masuk akal.





P/S:: Paus Puas, ‘Masa’ kini teman rapat saya. Saya sendiri tidak percaya saya akan menulis semula.
Sepekara, sudah sepuas paus saya merindui keluarga di tanahair, tinggal lagi air masih belum mahu terpancut dari belakang kepala.
 

7

Kerastangan

01) Perempuan Api : Acrylic on Canvas : 14" x 10"




02) Kuda Gerbang : Acrylic on Canvas : 14" x 10"




03) Shikin Korek Hidung : Acrylic on Canvas : 14" x 10"


Entah berapa kali niat menerbitkan entri saya tersembelit. Jika kamu seorang bapa yang bertanggungjawab, pasti anak terjaga tidur dan kekacauannya lebih penting dari blog basi ini. lalu saya sorok niat tadi di ceruk hati yang paling gelap, dan biarkan niat itu keletihan menangis pinta dibebas, sesekali tutup matanya dan beri sedikit renjatan elektrik.
'
Pada yang setia membaca (saya tak fikir mereka masih ada), jangan putus asa, pasti blog ini tidak akan berakhir lagi. Hanya masa yang menentukannya, mungkin namanya akan saya tukar menjadi Otakkapasitilebihrendah. Siapa tahu? jangan cuba jawab atau angkat tangan kamu, saya bukan mampu dengar atau nampak pun.

Sepatutnya pada 12 disember yang lalu, harus ada sebarang entri bagi menyambut ulangtahun ke-3 Otakkapasitirendah. Kali ini tiada bunga api, kastam rampas dan gudang pusher meletup. Tapi saya tidak risau, kerana tiada siapa membayar gaji saya menulis disini, malah tiada sebarang pendapatan lembab yang saya peroleh jika blog ini dilawati.
'
Jika setahun dahulu blog ini maju, saya ada pasang niat, mahu cuba jual makanan secara pesanan atas talian. Mungkin kamu lapar ketika membaca, dan mahukan otak-otak otakkapasitirendah sebagai kudapan. Siapa tahu? jangan cuba jawab, walau dalam hati.

Seperti dirajah, kini medium seni saya sudah sedikit maju dengan penggunaan alat seni yang lebih kelihatan serius. Hasil bersekongkol dengan acrylic, pakatan subahat kami berjaya menjinakkan 3 papan canvas. Dan kini kamu sedar bahawa saya masih tegar menconteng. Sekadar memberitahu walau kamu tidak mahu, saya dalam misi menconteng habis-habisan sehingga habis, 2 koleksi sketch book.
'
Saya yakin tahap terer tulis saya juga sudah merudum, dan setakat ini, sekurang-kurangnya 6 daripada 5 orang yang baca sudah nekad mahu berhenti membaca seumur hidup kerana bosannya penulisan ini.
'
Baiklah, saya berhenti.
'
'
'
P/S:: Jangan tersenyum seronok kerana saya sudah berhenti mengarut. Saya bukan boleh nampak pun.

4

Riuk


Title : Riuk

Medium : Paper + Pen + Photoshop

Technique : Kalau jari Slash macam ni......mesti sekarang dia bukan gitaris.


Sudah agak lama, cuma terasa mahu meletakkan sesuatu,

90 hari mencari pensil, masih tidak mampu buahkan hasil.

Malam ini terlalu basah..

Medula oblogata tak boleh tolong,

Niat dihati cannot help me,

Saraf tunjang si penghantar masej hati, tak mampu bantu..

Sebab otak yang tak mahu.

Otak hantar masej..riuk, riuk, riuk.

Jari jemari jadi bengkok.

Lukisan jadi teruk.

"Jaga kau tunjang, belot ya?"Hati berkata.

Medula oblogata, rilek sahaja.


P/S:: Ingatkan berenang dengan masuk penjara sahaja boleh bebas? Tulis pun saya boleh buat secara bebas, Awesome!

13

Ianya Ialah Lelaki




Title : Anugerah
Medium : paper + pen + photoshop
Technique : Menulis dari meja wad bersalin
.
.
.
.
17 mei tahun dua ribu sepuluh.
jam 3.15 pagi, seberat 3 kg.
panjang 5.2 cm.
Hensem ke tidak?
jangan risau, macam bapa dia.
.
.
.

8

Protect Your Nuts



Title : Protect Your Nuts
Medium : paper + pen + photoshop
Technique : Menjamin masa depan.


Ketenangan suatu senja terganggu oleh bunyi kuakan pintu di sebuah bar tertutup.

Seorang brader melangkah masuk, matanya meliar kesegenap sudut. Dendangan lagu Don’t cry slanga terengganu dari sebuah live band di satu sudut, melekakan pengunjung-pengunjung yang tidak seberapa kuantitinya. Seorang makcik sendat dan terlebih alcohol, menari gelek depan vokalis band terbabit. Sepontan vokalis mengalun lirik “Don’t you cry tonight, Ah! Ah!”, diulangnya beberapa kali gaya lagu Rindu-Amelina. Dalam hati brader tadi terdetik “Wow! Crowd puller, real entertainer!“. Dia terus ke bar lalu memesan soda.

Ketika enak menghirup soda dari bibir gelas jenama Carlsberg, mata brader tadi tertangkap sesuatu yang menarik minat beliau. “Benda apa tu saudara?” Tanya beliau pada penbancuh air. Pembancuh air membalas pandang, diangkat sedidkit kening tanda mahukan lebih penjelasan. Brader tadi memuncungkan bibirnya kearah sebuah balang yang mengandungi cahaya seakan petir. “Owh! Itu balang petir.“ jawabnya ringkas.
Keciknya petir? Macam mana dapat?“ balas si brader bagaikan tertarik akan keunikan se-balang petir kecil itu.

“Saudara, dekat belakang ada seekor jin. Dia offer siapa-siapa pun satu hajat. Dan buat pengetahuan saudara, balang petir tu saiznya 12 inci.“ jelas pembancuh air. Dan sepantas kilat brader tadi menuju ke belakang.

Dibelakang, brader tadi bertemu dengan jin tersebut. Setelah jin itu menerangkan syarat seperti dalam mana-mana cerita jin yang biasa, lalu brader terbabit pun melafaskan niatnya. “Aku mahu One Million Buck!“. Kerana pernah belajar tentang nilai matawang, si brader dengan berlagaknya menggunakan matawang US dollar dengan slanga seperti dalam TV. Tidak lama selepas itu, muncul satu juta itik berduyun-duyun kearah si brader. Si brader yang ketakutan, berlari masuk ke dalam dan bertemu si pembancuh air.

Dengan marah si brader itu menyoal si pembancuh “Apa ni? Aku mintak One Million Buck, dia bagi aku one million duck! Apa punya jin ni? “

Sambil tersengih encik pembancuh air menjawab:

“So, sekarang saya rasa saudara tahu la, macam mana saya boleh dapat Balang Petir 12 inci ni “




P/S :: Sila fikir bukan-bukan.