9

Really Real



Title : Reality Show
Medium : paper + pen + photoshop
Technique : Mengelat.


Betul tak?

6

Apa Ada Dengan Siling



Title : Apa Ada Dengan Siling
Medium : Paper + Pen + Photoshop + Ceiling
Technique : Melakar, terlentang, menghadap siling


Kebanyakan pandai lukis sering berkata “Ilham itu ada di mana-mana”. Dan seperti selalu-selalunya jawab saya “Kan aku sudah kata …”, kerana si pandai tidak akan mampu menandingi si bijaksana, juga seperti selalu-selalunya. Terlalu selalu seperti melihat ketiak-ketiak basah bagi seorang jurutol.

Suatu hari dengan minda yang lompong, niat melukis saya memuncak. Namun nafsu saya masih kekal tenang, barangkali kerana hari masih siang. Pada pandangan saya, mana mampu saya lukis apa-apa jika tiada sebarang ilham diminda. Televisyen pula tidak sudah-sudah dengan cereka dangkal mereka, yang modalnya hanyalah cinta.

Bosan memikirkan betapa bodohnya mereka yang ternganga dan buta-buta memuja cereka sebegitu biasa. Terlalu biasa seperti biasanya melihat ketiak-ketiak basah bagi seorang jurutol. Saya kemudian dengan perlahan menggelongsor malas, lalu berbaring membentuk formasi ‘L’ sepadan dengan bentuk sofa.

Mata yang terpejam pada kepala yang mendongak ke ceiling ini, sedang memikirkan betapa mustahilnya melukis tanpa ilham. Dan ilham yang dicari pula, tidak ubah seperti mencari gitaris bagi mesin jahit berjenama SINGER.

Kerana tidak mahu berfikiran negatif, maka saya cuba berfikir secara positif. Dan setelah 5 minit, apa yang terlintas di fikiran, hanyalah tanda campur dan logo bulan sabit merah sahaja.





P/S :: Pada ketika mata saya buka, muka watak dua dari kiri (rujuk rajah) telah terbentuk di ceiling. Terhasil dari keadaan plaster yang tidak rata, akibat kerja sambil lewa pihak kontraktor dan developer, anggap saya. Bentuknya sempurna, bentuk muka dan ‘shading’nya juga kelihatan sempurna. Pada ketika ini, saya mula rasakan itu bukan kebetulan. Mungkin Leonardo Da’Vinci ialah kontraktornya.

Owh~ dan sebelum terlupa. Jika kamu ternampak bunga api letup-letup, itu kerana 12.12.2009 adalah ulangtahun Otakkapasitirendah yang ke-2. Mari berdiri tegak bagi menghormati kehebatan tuan punya blog ini.

4

Bunga seragam, kumbang kaler macam-macam





Title : Bunga seragam, kumbang kaler macam-macam
Medium : Paper + Pen + Photoshop +
Technique : Sekolah Teknik dengan Vokasional tidak samakah?




Saya agak kurang selera menulis sejak kebelakangan ini. Untuk becerita tentang kemalasan saya, agak mengambil masa. Cerita kemaluan pula, apa ke jadahnya? Saya belum hilang akal lagi seperti kalian.

Mari saya bercerita tentang seseorang. Namanya Donaliah, menetap di kelantan. Beliau adalah kalangan oldies di daerahnya, oleh itu beliau lebih mesra dipanggil MekDonal. Kerja harian MekDonal adalah penjual burger secara pandu lalu dari tingkap rumahnya. Menjaga budak pula kerja part time warga tua ini yang di gelar MekD oleh budak jagaannya.

MekD mengakui burger beliau tidak sesedap mana, malah beliau menambah faktor nama yang banyak membantu kejayaan jualan burgernya. Ramai pelancong asing secara tidak sengaja telah dibawa ke kedainya oleh pemandu teksi yang salah faham. Di negeri MekD memang tiada McDonald seperti negeri-negeri yang ‘berparti di dahan jati’.

MekD fasih berbahasa ingeris, dulu dia penjaga Micheal Jackson. Malah MekD tidak percaya yang Jacko telah mati, itu kata MekD yang lebih selesa mengelar Jacko dengan nama ‘budok maike’ dalam bualannya. Dia mengaggap budok maike menipu kematian demi membayar hutang dengan lebih mudah dan mendapatkan kebebasan hidup selaku manusia biasa. “Ore banyok pitih, mampoh pun demo buleh Duplicate” kata-kata MekD mengakhiri ceritanya.

Saya lalu terfikir. Jika saya popular sejak kecil, dan setiap perlakuan saya sentiasa diadili dan diperhati. Saya adalah agung dalam bidang hiburan, idola setiap juara rancangan idola. Dan apabila populariti itu kian memakan diri, kontroversi lebih menbuncit berbanding perut-perut para politikus, hutang pula keliling pinggang seorang gergasi yang menceburi politik, dan hampir muflis. Cuba bangkit semula dengan persembahan paling hebat yang dijanjikan, namun faktor usia membataskan pergerakan lincah keagungan kamu selama ini. Dan jika ambil jalan mati, populariti menjadi berganda, konsert dapat ditontonkan secara rakaman dan kelihatan lebih hebat. Hutang langsai dan merasai kehidupan seperti manusia normal yang lain.

Maka saya akan pilih……






P/S :: Maaf, saya masih belum habis pilih lagi.

12

Sekepala



Title : Sekepala
Medium : rough paper + Pen + photoshop
Technique : Muncul kembali bagai Huodini setelah lama lenyap.

,
Tuan blog ini masih hidup lagi..

Kepada yang telah membuat repot polis tentang kehilangan saya amatlah saya hargai. Tidak lupa kepada yang meminta pertolongan dukun senoi kerana percaya saya telah diculik bunian. Keperihatinan pihak tuan amat saya hargai.
,
Sekembalinya saya kali ini untuk menghapuskan segala sangsi tadi dari hati kalian, justeru menegaskan bahawa sifat malas saya amat tidak terbendung lagi.
,
Sebelum saya mengarut dengan lebih lanjut, lebih baik saya berhenti disini.


,
*Iklan


,
Sesi soal siasat bersama Professor Serba-Serbi:

Q : Benarkah, anak kepada kakak saya adalah anak buah saya?
A : Salah, anak kakak kamu adalah anak ‘buah’ abang ipar kamu.

Q : Macam mana nak handle kalau banyak sangat jentik-jentik dekat rumah?
A : Cuba letak atas papan karom, pandai la diorang main nanti.

Q : Kenapa orang tidak bersalah selalu kena tangkap sekarang ini?
A : Sebab mereka ‘Salah’ faham dan kerap ‘Salah’ sangka. Atau orang atasan sedang serba-‘Salah’.

,
,
*Iklan




P/S :: 'Sekepala' adalah reflek kepada kehidupan semasa, menjurus sifat tamak dan penting diri dalam institusi dunia.

13

Pe Lastik



Title : Pe Lastik
Medium : Paper + Pen + photoshop
Technique : Deko bersama si bakat




Indah itu

Akan menjadi sangat

Memenatkan

Jika ada

Konsonan ‘P’

Di awalannya.





P/S:: Sejak menjadi ahlil deko separuh masa ini, masa itu perkataan sensitive. Masa dan bakat macam tidak seirama.

18

Missed Carriage



Title : Missed Carriage
Medium : Papper, pen, photoshop and wife on my side.
Technique : Menunggang kesedihan



Pada Tanggal 11 June 2009.


7.32 a.m : Isteri saya memberi khidmat pesanan yang agak ringkas, katanya “ I’ve missed carriage at 7.30 a.m this morning

7.33 a.m : Saya membalas cemas dengan “ Eh? Macam mana boleh missed? Sayang nak pergi mana 7.30 a.m naik carriage? "

7.33 12sec. a.m : Isteri saya membalas dengan khidmat pesanan yang sangat ringkas “Daaa~” katanya.


Setengah jam kemudian ( Setelah mengetahui makna sebenar)


8.03 a.m : Saya telah berjumpa para sekritariat pejabat untuk meminta perlepasan kecemasan. Dengan sugul Saya kata begini “ Kak, saya kena balik sekarang. Isteri saya keguguran ”.

8.04 a.m : Dengan muka terkejut palsu tapi kelihatan sangat asli, “ Hah! Wife kau missed carriage? “ Tanya mereka serentak bagai acara renang berirama.

8.05 a.m :Bukan, Wife saya dulu miss la, sekarang dah mistress. Lagi satu nama dia Shikin bukan carriage

8.07 a.m : Tiada tindak balas.

8.09 a.m : Tiada tindak balas lagi.

8.10 a.m : Saya tinggalkan para sekritariat pejabat yang masih tiada tindak balas, ditambah sedikit reaksi meluat bukan buat-buat dari mereka.


P/S from Shikin :: I missed my beautiful carriage. Dan ianya terjadi pada tarikh yang sama dengan pernikahan aku dua bulan yang lepas.

P/S Saya :: Lebih kurang macam main bola sepak. Bola sudah cecah jaring sekalipun, belum tentu dikira gol. Anggap sahaja kali ini kira Off Side.

14

Kebuk Wasap Yo!



Title : Kebuk Wasap (baca: Wassup!)
Medium : Rough Paper, Pen and Photoshop
Technique : Terbakar! Terus terbakar!



Penukaran status perhubungan didalam Facebook ke “married to Norashikin”, lebih menguatkan lagi gossip bahawa saya sudah berkahwin. Ya, saya sudah menjadi ‘tangga’ kepada seorang ‘rumah’ yang cantik dengan dua anak. Dua anak mata bewarna coklat berbaur ke emasan miliknya, adalah cecair peluntur yang menghakis sekian hati saya yang murni ini.

[Dikala saya sibuk menerangkan anjakan paradigma yang berlaku dalam hidup saya. Otak kamu pula tidak habis-habis memikirkan sejak bila saya rejister selaku pengguna facebook. Kamu semua terlalu berkelakuan typical atau berperilaku orang kebanyakan.]

[Saya juga sudah pandai tag gambar.]

Sejak memegang status selaku suami orang, atau kata kias orang tua-tua “keris” saya sudah “bersarung”. Dan jika bersembang sesama ulama selepas solat, adalah rusuk kiri ana kini telah cukup set lah. Dan jika dahulu isteri saya selalu mendengar pepatah pisang berbuah dua kali, sekarang beliau telah melihat sendiri ‘pisang yang berbuah dua’ itu berkali-kali. Mungkin lebih tepat ‘Monster pisang yang berbuah dua’.

[Pada waktu ini, hati kamu mula mengerang dan meronta-ronta. Rongga peparu mula mogok bencikan udara. Kamu kesesakan, dan dada kamu berombak kuat. Otot terasa kekenyalan, keras dan teregang tidak menentu. Kamu stress…. “Aku mahu Add encik kool ini sebagai teman facebook aku!” kata-kata yang jelas terpancar dari mata setiap dari kamu.]

Sejak mula memegang jawatan suami ini, tiada yang lebih menyakitkan selain mendengar soalan seperti “macam mana rasa kahwin?, Best tak?”. Maka saya akan jawab “Sekejap, Errrrrrmmm….rasa macam pudding susu”.

Untuk karya kali ini tiada langsung unsur kahwin yang saya ceritakan tadi, mahupun keinginan kamu menambah saya sebagai rakan facebook kamu. Lebih bersifat perasaan gembira, dan api yang datang tidak pasal-pasal itu membuatkan lukisan ini kelihatan kejam. Saya sendiri kurang tangkap apa yang pemikiran saya telah hasilkan. Saya sarankan kita sama-sama melihat sahaja lukisan yang awesome ini. Kita rungkai pemikiran si pelukis.

[Bagi saya, karya ini sedikit mengganggu dan pelik]

Untuk tajuk kali ini, soalan pembayangnya ialah: Peralatan makmal apa yang paling hip-hop?




P/S:: Ye la..Mohd Khamarulisme, kalau lagi 5minit tiada sesiapa yang add saya akaun itu akan saya lupuskan.