13

Malam itu dari dalam sel, diluarnya hanya ada sebiji bulan sabit dan sebutir bintang.



Title : Malam itu dari dalam sel, diluarnya hanya ada sebiji bulan sabit dan sebutir bintang.
Medium : Paper, pen dan photoshop.
Technique : Parkir sisi dibahu jalan.


Pasti, saya sangat pasti. Persoalan yang bermain di minda setiap dari anda, “Adakah itu Bendera Negara Kita?”


Jangan salahkan anggapan kamu, dan jangan salah tafsirkan ia. Kerana mampu membawa pelukis kesayangan kamu ini ke dalam penjara.


Ini sekadar pencetus pemikiran, maka fikirkan. Saya sayangkan Negara ini yang telah pun merdeka. Walaupun hanya merdeka pada dalam minda kita sahaja. Kerana merdeka kita telah dipolitikkan mereka.


Hakikatnya, dalam pandangan saya, kita merdeka dari penjajahan. Tapi dijajah semula oleh kebusukan aturan, ketamakkan bajingan yang korupsi, penyelewengan dan undang-undang yang dicipta sendiri. Semua dibawah nama yang kotor. Kuasa politik yang keji pada masakini.
Politik yang tidak lagi asli, kita ditipu oleh phsycology mereka-mereka yang mengaku sejiwa, sedangkan rakus merebut harta. Sandiwara dipentas realiti yang telus mementingkan diri. Mereka ini yang membuatkan pejuangan asal itu menjadi keji. Sekeji najis babi.


Perhati, mari semua perhatikan. Setiap inci perjuangan mereka. Adakah kita masih merdeka? Atau merdeka hanya pada nama? Sedangkan kita terpenjara dibawah payungan bendera tercinta kita, yang setiap motifnya membawa maksud kesejahteraan, kemakmuran, perjuangan, kedaulatan dan perpaduan. Atau itu semua sekadar sejarah asal kemerdekaan kita yang kian dimamah sigila kuasa?


Seperti persoalan awal pada minda kamu sekalian semua. “Benderakah?”,“Bendera Malaysia kah?”. Jawab saya “Tidak, itu hanya silap pada mata kamu”.


Dan sila jawab persoalan saya ini pula.

“Merdekakah?”
“Merdekakah kita semua?”


Adakah jawapannya sama, seperti jawapan saya untuk soalan kamu sebentar tadi.






P/S:: Saya kehilangan pen kesayangan dan kini tidak punya laptop. Seperti disebut tadi, adalah alasan kelembapan entri-entri terkini. Jangan putus harap, saya seorang yang merdeka, pasti saya akan usahakan caranya. Oh~ sebelum saya terlupa, sila baca tulisan diatas dengan ritma rap.

14

Panorama Dasar Terbuka


Title : Biasa dia ni, nak kena ni.
Medium : paper, pen and photoshop
Technique : Sula dengan teknologi terkini


Panorama diatas ini, sudah menjadi benda biasa di Malaysia.
Jangan tengok lama-lama, nanti rasa rimas. Yang sejenis pula mungkin mula meramas. Ramas buah manggis atau kedondong mungkin perbuatan dibenarkan, ramas buah begentangan didalam kerandut sendiri dan mula terangsang, adalah dilarang didalam blog ini. Nak ramas masa baca blog watak lain saya benarkan.
Yang perempuan pun nak ramas juga? Boleh, dan jangan lupa pasang telefon tigaG anda dan rakam, beri pada teman lelaki yang sedang kusam, suram dan muram. Gerenti beres! Betul kata abang-abang sKRU.



P/S:: Jangan kata lukisan saya lucah, benda macam ini dah boleh bawak pergi masjid, pegang Al-Qur’an dan masuk TV kerajaan.

11

Benar yang salah dan salah yang dibenarkan



Title : Benar yang salah dan salah yang dibenarkan
Medium : Paper, pen, photoshope dan seribu ketenagan
Technique : Meneka waktu walau sudah punya dua utas jam rolex di kiri kanan tangan



Ini hanya luahan, dari apa yang tersemat,

Enam ratus empat ribu lapan ratus saat, dan aku hanya ingin ianya berlalu cepat/
Bagi aku ianya telah padam. Aku kerugian segala masa yang disebut tadi, hanya sepemejam/
Hanya monolog pada diri, berbisik dan memujuk hati. Mengenang erti hidup dan aku hanya mahu ianya pergi/
Selepas waktu itu selesai, aku mahu dosa silamku langsai/
Kelahiran semula adalah keajaiban yang tidak mustahil, bagi diri yang sudah lama jahil/
Percaya atau tidak, aku pernah rasa terbang diawangan/
Percaya atau tidak, aku kembali percaya padaNya, yang hampir aku lupakan/
Disana aku belajar betul yang disalahkan, dan salah perbuatan yang dibetulkan/
Keliru, dan aku tahu, pasti hidup lebih bermakna dari itu/
Aku sebut kembali syair-syair dan puisi indah dari langit. Terasa lekat di lelangit/
Kerdil bukan lagi pada tubuh, tapi pada jiwa yang kesat dan tak luntur walau di sagat hebat/

Luahan ini tamat, hati yang kebal dari keinsafan, kini sudah lumat.


*************************************************************

OtakKapasitiRendah datang lagi, kali ini dengan permainan gari-gari dan insaf.

Kehilangan saya boleh disabitkan dengan tarikh 30 julai 1982, dimana sang kacak berkepala menggerutu ini dilahirkan. Dan pada tarikh yang sama juga, tapi tahun yang ke-26 ini, saya terima hadiah yang super duper hebat. dariNya. Cukup jika saya katakan, dua utas jam tangan rolex + satu sut oren + dan percutian tujuh hari tujuh malam termasuk makan dan minum dan 24jam berpengawal peribadi, untuk 6 orang.

Saya yang kacak dari darjah dua ini, masih lagi kacak dengan rambut yang sedikit kembang. Cuma agak runsing dan keliru, mungkin atas kejadian sekeliling yang mendungukan. Jika ramai orang kacak yang bodoh berkeliaran di sana-sini, si kacak yang ini ialah dari jenis yang bijak. Masih tahu, jika orang mati dengan kesan tembak dikepalanya dan terdampar jauh didalam tempat yang sunyi, tidak boleh diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Itu cerita lain.

Yang ketua Negara versi alim pula sudah mula kusam. Mana yang awal-awalnya jadi imam disana-sini, hadith dan ayat-ayat suci disegenap ucapan, kini bisu bila isu agamanya diperkotak-katikkan? Tekaan saya, dia sedang dalam kelambu bersama isteri mualaf itu. Mungkin bermain permainan “sat-sat lari” atau “had lari”. Mana pula ketua orang-orang muda, yang dulu terpekik terlolong, tapi kini menyorok dalam tong? Ada orang kata, peguam-peguam dinegara ini banyak pegang rahsia Negara, betul agaknya? Harap-harap ketua Negara kita (yang lepas ini) tidak begitu. Sebab ini juga cerita lain, dan politik Negara lain.

Apa-apa pun, sepanjang kehilangnya saya buat sementara waktu itu, saya mula belajar. Terlalu banyak salah yang diperbetulkan, dan betul yang disalahkan.


P/S : Sekurang-kurangnya dinegara ini masih ada tempat yang aman, dan bukan bukit aman.






11

Aku Tak Tahu Tajuk bagi Benda Ini


Title : Aku Tak Tahu Tajuk Bagi Benda Ini
Medium : Paper, pen, marker dan juga sedikit photoshop
Technique : Kalau diterbalikkan gambar ni, posisi tangan adalah seperti mahu buat bayang burung depan cahaya.


Saya mahu design ini dicapkan pada sehelai T-shirt pagoda dengan tulisan "Aku Tak Tahu Tajuk Bagi Benda Ini".

Jika siapa-siapa rasa caption itu bisa memusnahkan ke canggihan lukisan ini? Sila beri pendapat (konon-konon) bernas kamu itu.

7

Tanks are hard to make U-Turn




Title : Tanks are hard to make U-Turn
Medium : Pen, paper, photoshop
Technique : Lipat kaki ke belakang tengkuk, rapatkan tangan, dan buat bunyi OHM…


Kepada segala kian penyinggah, usah gusar, saya muncul lagi. Masih berbaki masa untuk saya terus terangkan sekian lukisan dan menyingkap cebisan cerita-cerita panas tanah&air kita. Untuk maaf yang ke-100 saya pinta atas kelewatan isi-isi terkini, saya sertakan bersama beberapa sebab yang mungkin membantu pemahaman penyinggah bersama. Saya diberi peluang untuk mengikuti sebuah kugiran dari You As & A berselindung dibawah nama GRAF ORLOCK. Jahat? Ya, mereka kejam dan sangat jahat dari aspek musiknya. Beberapa kali saya di”ICU”kan, akibat kerobekan organ-organ dalaman especially jejunum. Mereka membuat kembara seluruh Malaysia, Singapura Indonesia dan Australia. Saya berkesempatan hanya hingga ke singapura sahaja. Terima kasih sampai kiamat juga pada sekian teman-teman yang memberi tempat lindungan dan layanan mesra.

Selain dari sebab diatas juga, saya amat sibuk dengan menyesuaikan jadual perjalanan dan masa kerja-kerja pejabat yang banyak.

Setiba saya ke tanah&air ini, saya dengar kata ada seorang rakyat Malaysia yang DNAnya ada tarikh luput? 10 tahun sahaja boleh pakai? hairan saya?. Sebab yang beginilah saya masih sayangkan tanah&air saya ini. Banyak kejutan yang mengujakan.



# Tanks are hard to make U-turn

There is no man’s law,
There is no pave between the grave.
There is only chain mark,
From the passed by tankers
Whites are running,
Blood by blood,
Red’s blood.
Crawl, it’s, deadly, weak
Coz’ tank revert us
But it won’t reverse.
Yes, it won’t,
It won’t reverse.




p/s :: Tiada "P/S" untuk kali ini.

2

Karya berjaya bukan kerjaya: 2


Title : Project Happy little Creature
Artwork by Otakkapasitirendah
Art Director : John Pervert Hafizyuna
Project Manager : Man Dagu Manggo
Artwork by Otakkapasitirendah


Kalau org tanya ini apa benda?

Ini ialah flyers gig sembilan puluh sembilan peratus muzik terlalu kasar dan langsung tidak bertamadun. terlalu banyak aksi lompat kangkang, memekup kerandut rakan, tarik menarik ditarik tertarik, gigillan badan luar kawal, lontaran kedalam, juga aksi hentak siku bagai Ong Bak. Dan untuk majlis sebegini yang sangat mendapat protes dari golongan emak-emak, dilabel ritual korban rakan dan arnab comel oleh akhbar-akhbar tempatan. Saya dapati, ini flyers paling alim dan sopan untuk acara yang sebegitu neraka bagi pandangan seorang penuntut sekolah agama.

Ini juga merupakan Iklan dari label bebas 3rd Arm record, untuk projek Happy little Creatures. Jika ini sepatutnya rahsia, maka ianya rahsia, sila simpan.


9

I Law You So Much, Come Lick My Organ




Title : I Law You So Much, Come Lick My Organ
Medium : Pen, paper, photoshop
Technique : Ikatan buku sila.


Apa yang kamu lihat bukan sebuah lukisan tanpa maksud, walau pada dasar sekali pandang ianya lebih menggetus hati berkata “What the Heck?” atau “Nonsense!” mungkin “To be Ignore, maybe the suitable title for this piece of crap”. Getus hati disebut dalam bahasa inggeris, bagi pemahaman pembaca luar Negara. Namun, untuk memudahkan pemahaman pemerhati (dalam konteks ini, pemerhati ialah anda), saya bekalkan bersama pengertiannya dalam versi yang paling hebat saya boleh sampaikan.


Tajuk Penuh:

I Law you so much, come lick my organ

Penerangan:

Sebiji kepala dengan bebola mata, keluar dari mulutnya jentera-jentera berat, kereta kebal menghambur powder letupan, beberapa ekor seladang (Bull) dan tahinya (SHIT!), dalam pada masa yang sama sekumpulan askar hormat pada BULLSHIT! tersebut, sambil membawa sepanduk formasi panda, sedang sebiji jantung mahu dijilat lelaki infatuated + mad + possessed. Boneka-boneka tangan yang dimainkan tangan lain, sedang asyik men”juggle” atom dan letupan, ber”synchronize” tangan membentuk formasi LOVE tanda mahukan kedamaian.

Ada Faham?





P/S:: Maaf, jika anda fikir saya kurang bijak menterjemahkan lukisan. Siapa boleh faham sikit-sikit pun, saya ishtihar anda bijak. Selamat mencuba