2

Ibu Tempat Lahirku


Title : Ibu Tempat Lahirku

Medium : Paper, pen, and photoshop

Technique : Draw on paper, scan and edit in photoshop




Ibu,


Aku anakmu,


Kemana pun kupergi,


Aku tahu,


Tempat lahirku,


Kamu.



Ibu, aku mahu balik padamu...










p/s: Jika kamu sedih membaca tulisan diatas, sila jangan. Kerana, tulisan diatas untuk ibu saya bukan ibu kamu. Sila ambil nota, bahawa ibu saya seorang wanita yang sangat menawan. Dan jangan pasang angan mahu mengurat dia.

5

Ini cerita tentang aku bercerita aku menulis cerita "Aku sebiji dompet"

Title : Cerita tentang bercerita menulis cerita "Aku sebiji dompet"
Medium : Office rough paper, pen and photoshop
Technique : draw + scan + edit + brush + colour + cut + photoshop


Aku telah di TAG!

Dia tag aku…budak perempuan yang jantinanya diragui kerana separa punk!
Dia mahu tahu isi kandungan dompet aku, dasar perempuan meterialistik?


~Aku sebiji dompet~


Aku adalah sebiji dompet, dan tubuh gebuku ini diperbuat dari 100% kulit lembu yang begitu asli sekali. Tarikh lahirku tidak pernah aku ketahui, kerana ibuku sebuah mesin yang sangat gigih dan sibuk melahirkan anak-anaknya , hingga mendorong ibu kurang berbicara . Kami seiras semuanya, dan sangat bernasib baik kerana dilahirkan dari keturunan yang terkenal. Terpana nama bapa kami disudut kiri badan, terukir indah diatas plat aluminium. SEED namanya.

(cerita seterusnya; Mereka semua dibawa menaiki lori, dan terserempak dengan ultraman sedang bergaduh dengan raksaksa berbibir besar semasa di dalam perjalanan, sebelum mereka diagih-agihkan dan dipamerkan dalam rak kaca. Tapi terlalu panjang, lalu cikgu suruh potong)

“Wow! Lawanye…” bisik gadis yang sangat manis sendirian. “Lawa? Aku kacak tau tak!” Bentak hati dompetku. Tiba-tiba, gadis manis itu bingkas beredar…”baru nak usha…dah bla….” Belum pun sempat habis bicaraku, tubuh gebuku diangkat, dan dalam sekelip mata aku telah terperosok didalam sebuah bilik gelap. Terkontang-kanting aku terlambung didalam ruang gelap dan sempit itu. Aku tidak sedarkan diri lalu pengsan.

“SURPRISE SAYANG!”

Ini kata-kata si gadis manis tadi sesaat sebelum aku terjaga dari pengsan, aku bingung!

“Apakah?”

Dalam pada kebingungan tadi, aku curi dengar perbualan antara sepasang kekasih itu. dari cakap-cakap mereka, aku mulai faham. Aku adalah hadiah hari jadi dari gadis yang sangat manis tadi kepada teman lelakinya. “wah! Beruntung benar teman lelakinya kerana dapat aku, percuma pulak tu” hati kecil dompet ini berkata lagi. Dari kesamaran aku nampak sosok tuan baru aku itu, “kacak juga, seswai ngan aku..” aku tersengih.

Bermulalah hidupku, sebiji dompet yang bertuankan si kacak!

Setahun berlalu. Aku semakin lunyai, pipi semakin kembung….kulit kusam, dan paling dasyat, terdedah dengan risiko jangkitan kulit. Tuan aku sangat sayangkan aku, itulah juga sebab kenapa dia nak simpan semua benda peribadinya padaku. aku juga tidak pernah lekang di bawa kemana-mana. Kurang mesra kata kamu? Aku hanya di pisahkan ½ inci sahaja dari punggung beliau, tak mesra lagi ke?

(Perenggan seterusnya juga terpaksa dipotong kerana dianggap lucah oleh cikgu. Terlalu banyak tulis “punggung”. Cerita berlanjutan lagi sehinggalah dompet itu telah di copet oleh penyeluk saku)

Di bawah sebuah jambatan, di tengah kotaraya. Terlihat sesusuk tubuh sedang mencangkung, dan tangannya sedang sibuk menyelongkar sesuatu.

“Hmm..RM500, Wow!” makan besarlah dia, kata hatinya gembira. Seronok benar lelaki bawah jejambat kotaraya tadi, tersengih hingga ke umbun-umbun kepala. Tidak sia-sia dia memilih mangsa yang kacak. Benar tela’ah beliau “Lelaki kacak dan perempuan cantik = banyak duit”. Sengihnya makin panjang.

Aku masih lagi buntu. Pening kepala terhayun kedepan dan belakang dengan laju tadi membuat aku pusing, perit badan 100% kulit lembu asliku. “kuat betul dia genggam, mesti berbekas teruk ni” rengus hatiku. Badan aku diraba-raba lagi, baru tadi dia ambil duit tuan aku dari ruang utama, “Apa yang dia nak lagi?” tanyaku seorang diri. Setahu aku, tiada benda lain lagi yang berharga di dalam ruang-runag diriku ini lagi?. Melainkan gambar tuanku (yang kacak) dan gambar kekasihnya si gadis yang sangat manis itu. Itulah ruang kegemaran beliau.Bingung.

Lelaki bawah jejambat tadi masih lagi dalam posisi mencangkung, sibuk benar dia membuat otopsi isi kandungan hasil buruannya tadi (AKU). Lagaknya tidak ubah seperti detektif cerita CSI yang selalu ku tonton bersama tuan kacakku. Di kakinya bertaburan 3 keping kad hutang yang masih lagi bertopok darah segar. Di lontarnya pula beberapa keping resit bertulisan jepun, kad bisnes dan sekeping kad tertera “passport entrance-Tokyo Disneyland”. “Sampah!” tempiak lelaki tadi, berterbangan pula kad keluarduit untuk 2 buah bank berbeza. Marah benar dia, kerana tidak disertakan nombor katakuncinya sekali. Dia selongkar lagi.

Aku lemah, habis setiap genap suduk empat segiku di raba. Rakus benar dia, terburai bermacam barang purba khazanah tuanku. Tuan aku itu memang “Antique keeper” yang bagus. lelaki bawah jejambat ini tak ubah seperti Indiana Jones yang mengkajigali khazanah, tapi kali ini khazanah tidak berharga. Aku sudah hampir kontang di kerjakan, yang tinggal hanya kad warganegara Malaya, kad insurans nyawa, gambar dan kad tertera kuasa mata kiri dan kanan tuan aku itu sahaja.(sangat kacak bila dia berkacamata).

“Takde benda dah lagi ni, buang je (Pak) lah!” Lelaki bawah jejambat membentak, sambil tangannya diangkat tinggi dan berhenti pada posisi melontar. Aku memejamkan mata, “Kesungailah Aku….!”. saat ini, otak dompetku ligat memaparkan satu persatu perjalanan hidup dari awal hingga saat ini, dan dari yang paling indah hinggalah yang paling menyampah, sungguh mengerikan. Inilah dia pengakhiran kisah “aku sebiji dompet”….tangannya kurasa mula menghayun kedepan. Riwayatku hampir tamat, selamat tinggal semua……………

Bila hati terasa gundah,
Aku pejamkan mata,
Aku leka,
aku lupa,
dan,
Aku redha……

BUAK!..........................................................................................................................Adoi!

Aku mendarat keras, pendaratanku tidak terasa basah air. Sakit. Fikirku, aku mendarat diatas batu-batu sungai. Sebaliknya bila aku buka mata…….”Tuan Kacak!” sepontan aku bertempiak. Aku lihat dia sedang menghampiri aku, dibelakangnya lelaki bawah jejambat kelihatan longlai dan lunyai. “Padan muka!, Syabas Heroku!” itu teriakku 5,4,3,2,1 saat sebelum kami saling berpelukan. Sangat mesra penuh sentuhan kasih kami curahkan, da…

(juga terpaksa dipotong. bukan kerana lucah dan dimarah guru, tapi penulis yang semakin malas mengarang)

Dari satu sudut bawah jejambat kotaraya itu, terlihat seorang kacak berambut menggerutu berpegangan sambil berpusing-pusing (dengan gembiranya) bersama sebiji dompet. Mereka seperti meraikan sesuatu. Sangat indah panoramanya. mesranya mereka, alangkah bagus jika dunia sentiasa segembira mereka.

“Tak ape, naik je..” aku membenarkan permintaan tuan aku untuk menunggang di belakangku. Dia memang begitu jika gembira pasti aku ditunggangnya (rujuk lukisan). Aku dipacu dalam keadaan penuh enjoy dan ceria. Kami meraikannya, bersatu semula setelah terpisah seketika. Walau sejenak terpisah kami sama-sama menderita. “Lompat lagi…ah! Happynya!” kami terkinja-kinja kegembiraan. Aku dipacu kesana dan kemari, dia tunggang belakangku dan dia tunggang lagi. Hingga balik kerumah pun dia masih menunggang aku (tiba-tiba menyampah pulak).

Inilah dia kisah aku sebiji dompet. Owh! Dan aku juga berkawan baik dengan sebiji tong sampah.

(tong sampah sengaja disebut untuk ambil hati cikgu, yang katanya ending haruslah “watak” itu dibuang kedalam tong sampah kerana tuannya sudah dapat pengganti yang baru dan metilah ber’mood’ sedih. Aku benci attitude habis madu sepah dibuang ini, tidak elok dijadikan rujukan. maka aku ingkar)

Cikgu : kenapa kamu tak buat ending sedih macam saya suruh? Mana tong sampah? Saya tak Nampak pun? (sambil memiat lemak perutku)

Aku : Saya PUNK cikgu, tong sampah ni sensitive sikit. (ini 2 saat sebelum aku terjerumus kebawah meja sekolah akibat di lempang).




P/s : Dila (peng-TAG), kau dah puas? Aku tak mungkin hasilkan entri tanpa lukisan. Tapi aku boleh hasilkan tulisan yang panjang ini khas buat kamu.
siapa-siapa tahu di mana boleh dapatkan lollipop yang sangat besar dan sangat sedap?




7

At Least I Speak!




Title : At Least I Speak!

Medium : Absolutely photoshop

Technique : cut + paste + edit + colour

Mengikut rancangan, aku tidak sepatutnya kembali untuk berblog pada tarikh hari ini. tapi cekal hati, gegar jemari ketagihan atmosphera dunia separa realiti ini. puluhan rokok bukan peneman ku lagi, ketebalan nikotin dalam peparu kiri lebih cepat tumbuh dari yang kanan. entah kenapa jgn tanya saya, agak-agak saja...

"Kami bukan nak buat apa-apa sekatan untuk mereka, tetapi kami rasa perlu mengenali mereka, dan mendali mereka. ini tujuan kami, dan itu yang Pak Hal* pesan dekat saya" petikan kata-kata Dato' Ahmad Shabery Cheek ape entah. Berikutan pendedahan terbaru kerajaan ONMU untuk membuat perjumpaan dengan pem-blog.

kata-kata saya. "APE KE GOBLOG?"

bagi kamu yang mendapat jemputan untuk duduk semeja bersama poolitikus ini, untuk sesi berkenal-kenalan. Bersedialah anda, untuk dijamu menu istimewa:

1) Ayam golek balut duit bernota-nota.

2) Kerabu tanah sebidang dua.

3) Habuan-apa-sahaja-janji-kamu-tulis-yang-elok-sahaja-pasal-saya masak tiga rasa

Nasihat saya jangan makan, dijamah pun jangan.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Bila ditanya lebih lanjut benarkah mereka tidak akan memberi sebarang sekatan kepada pem-blog? Beliau berkata " kita mungkin boleh bawa kuda ke tempat minum, tapi kita tidak boleh paksa kuda minum". Waduh!...Penuh metaforanya, sangat indah bahasanya, kerewang-kerewang awan larat pun penuh mengelilingi kata-kata Deep beliau itu.

kata-kata saya "JANGAN FIKIR KAMI TULIS BLOG, KAMI GOBLOG? GOBLOG!

Nasihat saya, sila baca kata-kata beliau itu tanpa sedikitpun mengambil kira metaforanya. Ianya bermaksud sangat direct. Biar abang terangkan pada adik-adik sekalian ya.. mereka mengistilahkan pem-blog sebagai kuda, maksudnya kita ini kuda dan bakal dikuda oleh mereka. belum apa-apa, mereka dah kata yang kuasa ada pada mereka dan kita hanya kuda, walau liar mana kata tetap di bawah kawalan mereka. kerana? kita ialah kuda....dan akan jinaklah kuda itu (dalam fikiran mereka) bila minuman yang disajikan itu ialah susu kuda betina yang masih dara (nota: ini ialah susu paling istimewa buat kuda).

hehe! aku bakal digelar black stallion (berdasarkan warna kulit dan otot-otot serata tempat).

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Bila ditanya pula apa usaha mereka mendekati pem-blog ini?

Mereka akan membuat blog sendiri dibawah menteri penerangan dan isinya akan menarik golongan muda untuk membaca. kerana, ianya berbentuk santai dan ringan.

kata-kata saya "GO-BLOG, GOBLOG!"

Pertamanya disini, cubaan meracuni pemikiran warga-warga yang cetek pengetahuannya tentang kewujudan blog atau media alternativ ini. Dengan mencanang bahawa, tulisan-tulisan didalam setiap blog adalah berusurkan santai dan ringan, dalam erti lain ianya bukanlah sebuah bahan bacaan yang boleh dipercayai dan silalah percaya pada tulisan di akhbar-akhbar tempatan.

Keduanya pula, siapa bakal menulis tulisan ringan dan santai itu? yang pastinya bukan sasterawan negara. Bukan saya...anda? Ahadiat Akhasya mungkin?

Biarlah....yang penting sesiapa yang terjumpa dengan blog berunsur santai dan ringan penulisan org pro-kerajaan ini, teruslah linkkan pada saya. kerana saya ini orang muda dan sangat tertarik dengan penulisan yang santai dan ringan dan seratus peratus adalah kerajaan.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

*Sila baca terbalik

p/s: saya sekarang sedang bercuti seketika menulis blog, kerana ada sesuatu yang perlu diselesaikan dahulu. bulan depan saya bakal kembali lagi. Tersentuh juga hati membaca komen penyinggah blog busuk tulisan orang bisu, pekak dan buta ini. terima kasih semua! harap post ini dapat mengubat rindu bersama.

owh! sebelum terlupa, karya diatas adalah nama sebuah kugiran bawah tanah tempatan yang kini telah bubar. Namanya sungguh kena dengan tajuk kali ini.

sampai berjumpa lagi.

(harap-harap dapat jemputan bersama politikus tu, lama tak mendengar org cuba menegakkan benang yang basah)

13

Puisi Buat Migraine


Title : Puisi Buat Migraine
Medium : paper, pen and photoshop
Technique : Aku lukis dalam tekanan..aku mahu dia keluar dari kota-kota ceriaku.


~@ Puisi buat migraine @~


Migraine/


Sedap/apa/secitera/sengaja/


Mmmm/mempersona/benih/cambah/


debunga/salad/dan/keju/


Ohhh!/sengajakah/runsing/


Permata/Aku/bangkit/dari/mimpi/Ingin/


La/lu/tulis/mahu/kau/migrasi/dariku/kotaku/minda/ceriaku/


Layang/melayang/akutiup/Garam/dan/


Angin/nikotina/tar/20/milligram/


Kedai/apa/yang/sayang/Raksaksa/aku/tulis/


Dalam/sawai/Angan/berubah/sidah/menyahgajah/


Senjatamatapermata/Ingat/lima/empat/tiga/berdua/sorang/saja/


Habis/Napalm/epal/bersambungananjingrakanberbetol/


semak/Embut/hhhhhh/ lemah/aku/lemah/dan/noktah.


2

Realitinya masih ada yang perlu diselamatkan selain negara


Title : Realitinya masih ada yang perlu diselamatkan selain negara
Medium : red paper, pen and photoshop
Technique : aku lukis ikut naluri, betul aku tak bercadang langsung lukis gambar ini, ini hanya gerakan bebas tanagn aku. (eksperimen no. 1)




Malaysia dilanda demam rancangan reality lagi, kali ini lebih hebat. Mawi yang alim tapi semuanya “Dunia” itu pun bisa hapus. Penontonnya hampir satu Malaysia, lagu temanya sangat santai dilagukan bersama-sama oleh anak-anak sekolah ketika ke kantin. tidak dilupa juga yang tua sibuk menelek bakal-bakal juara. Siaran langsung merata-rata media. Diari harian mereka terpampang luas di dada-dada akhbar dan skrin berita. Dasyat, dasyat. Muka peserta-peserta merata-rata terpampang di poster tumbuh tak melata. Bukan nyanyian yang mereka cari, bukan lakonan jadi penilaian juri, bukan tinggi mana mikrofon boleh diangkat dan masih bisa berlagu. Tapi budi…sana-sini campak budi, cakap sana-sini tabur janji, banyak budi banyak janji banyak undi!

Mempersembahkan, peserta-peserta rancangan reality “Akulah wakil rakyat kamu” yang akan mendendangkan lagu tema mereka “Marilah mari, pergi mengundi!”.

Wahai warga Melayu yang pelupa. Ingat lagi kah kamu pada adik sharlene kita? 3 minggu yang lalu cerita adik yang malang ini masih lagi hangat di Koran-koran akhbar berita dan kaca telivisi. Ramai yang datang membantu, persatuan dan individu, tak kurang juga tokoh-tokoh politikus kita. Kerajaan juga menubuhkan satu badan khas bagi mencari adik ini. Ketika itu, poster “Di mana adik Sharlene?” merata-rata, sangat banyak dan sangat tak mungkin kita terleka atau terlupa. Misi mencari amat meluas dan sangat bersungguh-sungguh (kata mereka). Bagi tokoh-tokoh politikus pula setiap sen yang dihulurkan seboleh-bolehnya mahu di iklankan (tanda bersungguh mungkin?). Warga Malaysia sangat prihatin, terlalu prihatin.sampaikan eksiden yang 3 jam lalu berlaku pun masih sesak jalannya, sebab tahap prihatin kita walau hanya tinggal kesan brek dijalan pun masih mahu ambil tahu, mungkin sebagai pengajaran yang kita tak mungkin pakai tayar berbunga begitu. licin dan mudah terbabas.

Kerana terlalu prihatin, Malaysia yang prihatin ini mudah mengalihkan keprihatinan mereka kepada isu panas yang lebih terkini (iaitu rancangan reliti seperti disebut diatas). Hasilnya kata-kata “Di mana adik sharlene?” akan terus menjadi soalan sambil menunggu ada orang yang berkata “dia ada kat sini la..”. Ataupun perkataannya ditambah menjadi “Di mana poster adik sharlene yang dulu banyak tapi kini makin ditutup poster muka tokoh-tokoh politikus yang pernah membantu tapi kini mukanya pula yang terpampang dan jumlahnya melebihi dari sponsornya dahulu” nanti ada lagi, “yang dulu sponsor poster yang besar tapi kini poster dirinya lebih besar beratus kali inci”. (Marilah kita sama-sama doakan agar adik sharlene akan pulang dalam selamat). Ingat, poster adik Sharlene menyuruh kita mencari bukan sharlene untuk diundi…

Mungkin ramai yang tidak sedar. Aku tersedar hari ini. Bilamana berita tentang adik sharlene hanya keluar di cebis sisi akhbar yang kurang popular, malah yang menyedihkan lagi “caption” gambar poster adik sharlene di kotak elektrik bertulis, “jangan lupa, adik sharlene masih belum dijumpai”. Dan ianya pula ialah kiriman dari pembaca..aduh! hitam putih sahaja.

Fikirlah sendiri, ada benda yang lebih penting lagi belum selesai tapi kita kalut nak menjana Negara. Kalau seorang pun kita tak boleh jaga, macam mana nak tadbir Negara?

Janganlah jadi macam cinpanzi, (ketika ini mata haruslah melihat lukisan) yang hanya tahu meminta pertolongan gorilla bila dalam susah. Sudah la engkau kutuk dia “kau tu dah la sepsis monyet, tapi tak boleh bergayut! Hahahah! (ketawa beramai-ramai)” tapi bila kau tak punya tempat berpaut, engkau gayut dekat badan dia (sekali lagi memandang ke lukisan).



*1. Perenggan terakhir hanya karutan, cerita habis pada perenggan yang sebelumnya.

2. cuba kaitkan sendiri cerita dan lukisan, aku tak reti nak sampaikan. penulis hilang ingatan.





3

"Nampak tak BERUK?"



Title : soalan ke cari gaduh?
Medium : paper, pen and photoshop
Technique : memberi ajar pada si pemakan rasuah


"Nampak tak BERUK?"


"Eh!, bukan.."


"Ada nampak, BERUK?"


"bukan lagi"


"BERUK, nampak tak?" (Eh?)


"Maaf..bukan aku panggil engkau BERUK"


"Ada tak engkau nampak, BERUK?"


"Macam salah lagi je.."


"Cuba engkau tengok, ada nampak BERUK tak?"


"Ini baru betul…"

2

Kisah Empat Ekor Anjing


Title : Kisah Empat Ekor Anjing

Medium : paper, pen and photoshop

Technique : meluahkan isi hati tentang keadaan semasa

Ini kisah empat ekor anjing. Seekor namanya ONMU, seekor lagi namanya SAP, seekor lagi pula PAD, dan yang akhir sekali yakni yang penghabisan pula, namanya agak panjang dan berbunga-bunga ejaannya, naLIDAek. Keempat-empat kawanan anjing ini amatlah bergantung harap pada seseorang yang bernama En. Rakyat bin Biasa bin Yang bin Membayar bin Cukai bin Kepada bin Kerajaannya.

Keempat-empatnya amatlah manja akan sifat-sifat mereka. Seperti anjing-anjing kebanyakan, kerja mereka hanyalah makan, tidur, berhibur, menipu, tabur janji manis, mencaci, dan membenci (eh? Itu macam cerita lain je..maaf).

Seperti anjing-ajing awam juga, mereka ini hanya mahukan ganjaran sahaja setiap apa yang mereka lakukan. Jika tuannya yang bernama sangat panjang itu mahu ajak bermain (dog trick), setiap aksi mereka pasti mahu upah makanan anjing berbentuk tulang macam dalam tivi itu. Jika tiada upah, jangan harap mahu lihat aksi.

Memang sifat anjing yang tak pernah kenang untung, tuannya yang bertungkus-lumus bekerja siang dan malam mencari duit, membeli makanan, bayar sewa dan segala bil-bil. Tapi mereka hanya goyang ekor menumpang harta tuannya. Kadang bila tidak diberi makan, tangan digigitnya pula. Kesian-kesian…kesian sama En. Rakyat bin Biasa bin Yang bin Membayar bin Cukai bin Kepada bin Kerajaannya.

Bila tiba masa makan, merekalah yang paling terhegeh-hegeh sekali tiba. Penuh dengan aksi-aksi yang menarik cuba meng’impress’ si tuan. Dalam konteks ini, siapa yang kuat mengampu tuannya dengan apa-apa aksi (janji) manis, maka dia akan lebih disayangi atau jadi “Pilih”an hati En. Rakyat. Ketika ini, segala macam kebolehan ditunjukkan. Boleh buat lebuh raya, buat masjid, jambatan, bantu orang miskin…sangat prihatin. (eh? Termasuk cerita lain lagi…maaf).

Dalam kisah empat ekor anjing ini, ONMU lah anjing kesayangan si tuan. SAP dan PAD pula kadang-kadang menjadi pilihan hati tuannya di beberapa tempat. Manakala, naLIDAek pula semacam dipinggirkan..mungkin, namanya yang pelik agak sukar untuk dipanggil oleh tuan.

Bagi En.Rakyat bin Biasa bin Yang bin Membayar bin Cukai bin Kepada bin Kerajaannya pula, dia memang tiada pilihan lain selain empat ekor anjing yang tak berapa berguna ini..terpaksa menjaga, bagi makan dan jaga kebajikan, kerana itu sahaja yang dia ada. Jika ditanya isi hatinya dengan lebih lanjut…harapan En.Rakyat bin Biasa bin Yang bin Membayar bin Cukai bin Kepada bin Kerajaannya, hanyalah mahu mereka menjaga keselamatan rumah dan dirinya. Tapi buat masa ni belum lagi mereka diuji, melainkan si ONMU sangat gemar membantu menghalau posmen yang datang hantar surat. "Gaya tu dah ada" katanya.

“tapi time-time nak bagi makan macam ini, saya rimaslah!” tambah beliau lagi.

“alah! Susah apa, buang je semua…” tambah saya pula.





**Aku dah letak Axe, hang rasa aku bleh kena sue tak?