Title : Jell-O World~ Oh! Jell-O World~
Medium : red coloured paper, pen and photoshop
Technique : keep on repeating the same old crap!
Tak habis-habis melalak. kecik sampai besar memang anak mak. Tiap bulan kurang lima kali mesti nak buat suara serak, apehal? Aku berhak! Buku pustakaan tak yah kira la berapa je aku penah selak, tak de aku nak bagi biar pun nangis hentak-hentak, mata bengkak. Boring sikit apelagi, lepak-lepak. Borak, sepak, semak, budak, sebak, senak, samak, jimak, benak, salak, lemak, damak, kimak, pukimak, tamak, landak, keladak, tembak, lawak, mendak, mendadak, tolak, balak, batak, kotak, teratak, gagak, kakak, perak, katak, anak, tak nak, beranak, tidak, mintak, nak ke tak, menanak, karak, pajak, pacak, belacak, segak, jentolak, rancak, riak, rentak, sentak, serentak, kerak, bentak, botak, arak, marak, berarak, bongkak, sorak, jarak, berak. Mencanak? Alamak! Aku lupa sebut BADAK!
Perfume campur 3 kasi bau berry, nak kasi wangi. Hari ini hari berjumpa my dear lady. Bawak kereta buatan italy, sampai destinasi sempat buat 2-3 lagak ngeri, end up tenang sambil parking sisi. "oh! Wanginye bau you, lovely~". Heh! Memang dah ku jangka akan begini, mission accomplished with harmony. Jom kita pegi mid valley. Jalan-jalan sambil beli-beli? Sebab sayang you so, I have to agree…tengah jalan tiba-tiba aku rasa geli, dari jauh nampak macam jeli. What? Do you think it’s funny? You fucky, sucky, mummy, busty, yummy, many, funky, bunny, rainy, ugly, jelly, jerry, merry, dolly, molly, jolly, smelly, money, honey, belly, mahogany, raspberry, strawberry, blue berry, hubby, chubby, sandy, marry, cheery, happy, unsightly, slightly, sunny, handy, brandy, Opps! Oh! Shit! Patut nye semua finish dengan ‘ish’! damn rubbish! Macamne nak rhyme dengan JELLYFISH!
Jell-O World~ Oh! Jell-O World~
World in a joyful ride~
World on a Jellyfish!
Jell-O World~ Oh! Jell-O World~
Make a hippo wanna fly~
World on a Jellyfish!
Jell-O World~ Oh! Jell-O World~
Careful it’s so fragile ~
World above a Jellyfish!
Title : Epilog Monolog
Medium : rough paper + Pen + photoshop
Technique : repeat the previous steps
Aku memang dah tak peduli. Pekup kepala, cuba angkat dagu kelangit.Tidur lagi tak tentu, otak pusing fikir ini dan itu, begini dan begitu. Aku duduk di bucu katil, selak selimut nampak kaki sendiri. Tak pernah berubah..Cuma bulu tu dah macam sedikit lebat. Dah nampak sikit macam kaki Lampard.
Otak aku tak sudi, tapi bebola syaitan tetap masuk lagi. Aku angkat pen, aku berdiri…tenung cermin, suluh diri. "hmmmm…zirafah pun tak tinggi macam ni"
Dari menyarap, merangkak, sekarang aku dah kuat berlari, sendiri. Belajar tinggi-tinggi, last-last jadi kuli. Berapa kali batal niat nak beli almari.
Pegi pasar jumpe bunga aneh, makcik tu kata "beli je la, jangan sengih-sengih". Seluk wallet dapat sapu tangan, jatuh 100 ringgit terbang masuk dalam cawan. Terus anak makcik senyum menawan, Tanya nama buat-buat nak jadi kenalan..orang macam ni yang aku tak nak kawan. tak de masa la I nak layan.
Brader helmet datang naik kuda, pergi gig nak tengok aksi anak-anak muda. Ape benda alasan tak munasabah? Cakap je la nak cari chick, nak jual muka, jual maruah dan nak tunjuk juah. Sekali lagi aku nampak kau kat tanah, sumpah aku pijak macam ulat sampah!
Piano agam bernota sumbang. Aku pegi gig nak tengok band pastu sembang-sembang. Tu pun susah nak cari kamera digital, yang manual aku dah mual. Balik aje badan sengal-sengal. Takpe lah…janji halal.
Abbas, abbas..kenapa kau sebat zine aku? Pastu lari terus tak bagi tahu..pakwad, oh! Pakwad..kenapa kau belah melulu begitu? tak sempat nak sembang isu drama hindu..semua gitaris memang macam tu, suka putuskan tali..tali silaturahim, talian talefon, tali gitar aku dan tali gitar kamu. Jemu, jemu..asyik terlihat gaya paktua yang sering mendagu. Time ni yang rasa nak menyanyi mendayu, sambil ketuk kepala pakai batu in between letak paku.
"Wan, ko jangan risau, have fun yang penting gaya tak mau kaku" the next time yang aku tahu, dia angkat bass kasi hantam kepala aku! Tengkorak rasa meleleh..rasa hati ni nak sangat-sangat aku sekeh. Boleh eh..siapa kata tak boleh… naik je la kren, lepak atas minum ayaq oren.
Title : Mim"pee"
Medium : rough paper + Pen + photoshop
Technique : lukis atas kertas, scan beberapa ketika, colour dlm photoshop dan save.
Mimpi lari kena kejar benda golek-golek..aku aci potong tangan la, mesti semua orang pernah alami. Makin kita lari makin dekat gulingan tu datang, makin lame makin besar..masa intro mula-mula rasa takut la, tapi bila dah nak ujung-ujung rasa meluat plak..penat beb! Kadang-kadang terus sambung kene kejar hantu…ending dia, tengah kita lari laju-laju pastu sedar-sedar boleh terbang plak, give me a break mr. dream..damn!
Semalam dia datang lagi…memang seperti yang dijangka, gadis-gadis peha gebu dan berbadan mungil and curve to die for berebut melayan aku..habis semua aku nak sebat! Tak bagi can langsung….bukan selalu dapat offer macam ni, tak aku peduli lagi kedinginan mandi di pagi hari, bukan lagi masalah besar untuk menghantar toto kedobi..malah boleh aku selit seluar tido aku sekali…layanan mereka bukan calang-calang, penuh kelembutan penuh kemesraan..saat ditunggu telah tiba, selakan demi selakan meruntun dan terpampanglah kedamaian bukit bukau dan kekolam yang mengasyikkan..kesemua mereka lesu, aku terus hanyut..
Wakey! Wakey! Hands off your snakey!...pagi tu sejurus terjaga, aku tenung hasil karya menggunakan teknik tompok kat toto aku..bentuk macam peta amerika. Hmm…Patut la colour putih ngan pink je mimpi aku semalam..hehe! God! Thank for the liquid dream..i owe you one!
Sesekali mimpi berkecamuk..macam-macam perkara berlaku serentak..dari satu sedutan ke satu lagi sedutan. Kita hanya sekadar mata..tak pernah dapat lihat fizikal sendiri, tapi kita tahu apa keadaan kita..gemuk, kurus,sakit,terbaring,melompat. memang ajaib, menyeronakkan..mimpi memang mainan tido. Heh! Lagipun korang nak main ape je time tido? Dildo? (rhyme siot!)
So, dapat dilihat kat lukisan diatas..gambaran aku selaku watak manusia "tempura" tu mewakili gaya tido aku yang suka bergulung dalam toto..dan beberapa keratan mimpi yang aku mampu ingat..orang pernah cakap mimpi tak penah ada warna..hitam putih je. Betul ke?
Betul kot..sebab kalau letak warna dia dah tak jadi mimpi lagi, tapi reality yang boleh kita amati dan teliti, macam yang aku cuba tunjuk sekarang ni..itulah kuasa seni.
Title : karya seorang buruh
Medium : rough paper + Pen
Technique : ambik pen, bukak penutup, letak mata pen atas kertas, tarik…..
Selaku buruh kasar, lengan beruratku memang menjadi tarikan wanita-wanita penggemar tough guy..tapi tak pernah sekali pun aku cuba guna kelebihan aku ini utk memikat, aku lebih suka cara yang jujur..ku karangkan motivasi diri untuk gadis-gadis murung bagi mereka ceria, ku selesaikan masalah metamatik aneh bagi gadis-gadis lembab agar mereka kelihatan pintar, ku anyamkan origami-origami menarik sehingga bapok kelihatan sungguh perempuan, aku canai+senduk+gaul+dan uli menu-menu menarik sehingga gadis bulimic tak mahu diet lagi, tangan ini membuka mata pengkid tentang nikmatnya menjadi wanita…
Still, aku masih orang kebanyakan..makan gaji untuk makan nasi dan tak suka sayur taugeh. Aku sangat berharap muncul sekumpulan panda dan makan semua taugeh dalam dunia ni termasuk tauke-tauke taugeh sekali, biar tak wujud lagi perkataan taugeh dalam kamus masa depan, dan hanya tertera pada contengan batu-batu gua selaku sejarah ngeri penduduk dunia..
Begitulah terhasilnya gambar kumpulan panda di sisi kanan atas gambar diatas…
Seterusnya aku masih beranggapan teknologi itu berbentuk kotak atau blok..panorama kumpulan haiwan berbentuk meja sekolah diatas, yes! Itu ialah binatang dan bukan mambang pesegi! gambaran aku tentang masa depan. Bila mana pesisir pelabuhan akan penuh dengan kren besar dan jentera berat, dan keadaan itu tak ubah seperti melihat sebuah padang ragut penuh dengan binatang aneh berbentuk kotak..
Kapasiti Otak aku memang rendah, bukan sebab dia kecik bersaiz otak-otak atau aku bodoh! Bentuk sama macam otak korang yang sempit, kolot, kotor, dan keji..tak lari dari sifat-sifat tersebut. Bezanya otak cerdas kau ni tak pernah mahu berhenti berfikir, even when I’m sleeping…terlalu banyak dan sesak sampai aku kene upah polis trafik untuk mengawal lalu lintas pemikiranku sendiri…ibaratkan otak aku seperti rumah yang menyimpan segala keselesaan dan rasa selamat dalam hidup..dan aku tokey IKEA. Memang aku tak mampu untuk sumbat segala ciptaan kreatif aku dalam satu masa yang sama..aku masih perlukan ruang selesa yang mencukupi dalam rumah sendiri untuk terus rasa selamat dan tenteram. Sebab yang beginilah aku luahkan sebahagian darinya dalam bentuk contengan+coretan+lakaran+lukisan. Dan beban ini lah terpaksa aku tanggung selagi ianya masih berfungsi..my brain is my pain.
Pokok dan robot? Apahal? Entah la….maybe aku still tak puas hati dengan teknologi. How many more trees does technology need to make a single robot? Jawapannya, none as for tak de.. kepala hotak! mane ada orang buat robot guna pokok. Damn! You right…tapi, kita boleh cantas 5 ekar hutan untuk bina kilang nak buat kajian tentang apa-apa pun teknologi yang baru.."that could change the world and meets human needs". Mane plak korang nak letak hutan 5 ekar tadi? Nak tanam atas kilang boleh ke? Kalau tak boleh, mampu ke hasil teknologi tu nanti gantikan bekalan oksigen 5 ekar hutan tadi? "technology to meet human needs my ass! Human needs oxygen la GOBLOK!
Satu ketika tersedar pitam,
dunia dikawal robot-robot kejam,
Saat manusia ketagihkan oksigen,
Datang hanya hembusan asap-asap enjin…
Pic.1 - bloodonweddingdress (cutecutknife release)
Pic. 2 - tribute to the hideous band ever madeTitle : Cover 1st release Bloodonweddingdress and tribute to them.
Medium : adobe photoshop and 5% telent
Technique : teknik penyembelihan sempena musim korban
Satu hari yang sangat tak bajet bagi individu berperangai ingkar macam aku..pengumuman dengan menggunakan PA system kenduri kawin, aku dalam usaha membayar fidyah puasa 2 tahun lepas..seharian meronda setelah hampir cukup org miskin aku beri makan, hala tuju aku seterusnya misi ke rumah si miskin yang terakhir…..Jehan miskin….damn! I hate this guy! Sudah aku pusing semua rumah kebajikan, tetap aku gagal jumpa beliau. Miskin sangat ke hingga perlu aku cari di bawah2 jejambat kotaraya?
Monolog sunyi aku terkandas dek nada dering polifonik hanfon berkamera ku.."Hello! I dah berpunya ok, I jijik ngan You!" jawapan bagi tiap panggilan yang tak kukenali, kerna sudah kerap dihurung rengekkan gadis-gadis metropolitan yang tak penah jemu mencuba nasib bersabung nyawa memiliki perawan matang dan well dressed ini.
Pemanggil : eh..sori la, ni aku la Man Dagu…yang gitaris band blood on wedding dress tu, kita pnah sembang, ingat tak?
Aku : kejap, apasal name ko macam gampang? Yang ko sebut tadi tu name band ke tajuk DVD lucah? Jawab la? Apasal ko senyap? Ko tau tak Jehan miskin duduk mane? Ko nak aku shuffle kepala ko ke? Ko puasa cukup tak? Senyap ape? Tak cukup la tu, Lakhanat! Jawab la? Hoi!
Pemanggil : Ape ni ? ok la, kite settle down skang je…please sangat2 designkan cover CD band aku, sebab kalau bukan designer terkenal macam ko yang buat, band kami memang tak boleh pegi jauh.
Aku : band tak leh gi jauh? Owh..band yang sume muke macam sial tu cume vokalis korang je yang muka boleh blah tu kan, baru ingat..sori dude! Kau ni untalented gitaris tu la..yang muka "jaw dropper" tu..dagu kau tu panjang ko buat katne eh?
Dipendek kan cerita sependek akal ahli band tersebut, aku bersetuju membantu mereka dengan harapan, design aku mampu menarik pembeli yang ramai, seterusnya menyumbang modal bagi pembedahan pemulihan wajah-wajah makhluk serupa tahi itu…muka penghindar wanita meraka memang tak masuk akal untuk glamer, pun begitu aku tetap bertungkus lumus menyiapkannya sebab tak mahu lagi keburukan mereka mengganggu masyarakat dan ekonomi Negara..
Dipendek kan lagi cerita tentang fizikal hanyir mereka, sebab dengan bercerita pun sudah mampu menyumbang dosa besar. Lalu terhasillah design pemulih wajah huduh mereka itu (pic 1), amat gembiralah mereka semua, mereka mula berkira-kira wajah artis majalah mangga mana yang mahu ditiru. Tak ubah seperti ulat sampah bercita-cita menjadi rerama. Jelik sungguh aku lihat wajah lembam kerbau yang gembira dan cuba buat muka manja! Igauan ngeri sampai ke hari ini.
Hampir 3 tahun selepas kejadian bersekongkol dengan makhluk-makhluk jelek itu, aku dapat panggilan lg..bukan dari mana-mana gadis hot seperti biasa, tetapi dari MAN….ye, MAN DAGU muncul kembali..pemilik dagu berjarak sekilo dari muka itu buat aku meremang! Belum sempat aku nak tekan butang untuk putuskan panggilan, dia tiba-tiba merayu "nanti dulu, aku skang dah bikin muka macam chef wan la, rilek la bro" kekagetan aku mula reda. Nyaris terpelanting org disble ku tendang sebab terlalu horror dengan ketegangan tadi.."bumper depan ko yang jatuh tak bikin skali ke? Bisik hati busuk ku.
Pemanggil : aku call ko dari jepun ni…nak ucap thank bebanyak sebab kau kitorang bleh sampai sini…and ada chick jepun kirim Arigato and shushi kat ko, nanti balik aku passing..ok, tu je la..aku nak meraba gadis jepun kat dalam tren ni..wish me luck!
Clack!.............Tuuuuuuuuuuuutuuuutuuu……………………..............tuut.
After that, I drew a tribute to them…Blood on wedding dress ‘Japan Tour 2007’ (pic 2)
Tak sangka aku telah mengubah nasib insan-insan bermuka lambakan pasar malam itu tanpa aku sedari…aku pasang CD pemberian mereka 3 tahun dahulu, habuk setebal buku telefon aku usap dengan jemari halus ku. Butang "main" ku tekan, Sejurus lagu pertama berkumandang……aku merenung kelangit dan hatiku dengan rela berkata..
Still…this band SUCK! Big time!
Medium : Fine A4 paper, sketch and scan
Technique : Teknik menghabiskan dakwat pen!
Hello Malaysia! Sekali lagi aku paksa korang-korang yang dah bukak page aku ni, membaca isi-isi bernas datang dari pemikiran alaf baru aku. Terdahulu aku nak kasi tau, gambar yang tertera diatas ni dilukis sekitar 5 bulan lepas selepas kejadian bertemu dengan makhluk berbulu ni…tak banyak yang mampu aku kupas sebab dia bukan buah kelapa ..tetapi tak lebih hanya sebuah karya agung tentang seorang teman anehku.
Aku dah kawan lame sangat dengan makhluk ni, ada la rasa muak skit-skit, tapi kesetiaan dia mendengar aku membebel dan mengarut sangat aku kagumi..aku kenal dia dari dia benama Mohd syamsul Azhar, tukar jadi Syon, dan kini lebih glamer dengan nama ala-ala "stripers"nya AXE! Cakap pasal nama panggilan ni, aku ada 7 jenis nama samaran dan yang paling aku tak suke kalau org panggil aku Johnny as for Johnny depp…meluat tau! For those yang panggil aku Johnny please after this don’t ya’ll dare…Johnny tu nama anjing jiran aku ok!
Axe ni memang aneh! Dari perwatakan membawa ke tabiatnya. kadar petumbuhan bulunya sangat produktiv hingga merangkumi 70% tubuhnya..Pernah sekali aku lepak minum ngan dia, ada pakcik tiba2 salam cium tangan aku mintak tangkal, sebab dia ingat aku sedang berdialog dengan jin. heh! lagi haru, pernah keluar supermarket dan kena tahan pak guard, sebab dorang ingat bulu yang tekeluar dari baju dia adalah sweater yang ingin dicuri..hehe!
Aku dulu sehat, sekarang kene asma…tak yah bagi tau pun aku rasa korang dah boleh predict kenapa kan? Kalau waktu pendidikan jasmani, aku selalu konfius samada dia pakai seluar treksut hitam ke tak? Sebab macam tak payah pun tak pe je…insane la lu axe! Apa-apa pun, aku tetap rindukan panorama emping-emping salji berguguran takala dia mengibas ketiaknya hasil dari sapuan deodorant yang berlebihan..hehe! everyday is chrismas dol! Hohoho! Tu belum kira kejadian seperti cubaan menyikat belah tengah ala-ala GQ pada bulu dadanya..
Lukisan diatas ni adalah beberapa mimik muka yang selalu dia wat..memang btol, btol dia memang suke wat muka kesian, tapi sila jangan bagi muka kat dia kalau jumpa kat mana-mana…lebih baik jauhi kalau tak nak kene furball. Seksa tau! Aku memang sengaja tak lukis keseluruhan badan takut penonton muntah dengan keadaan fizikal anehnya. kalau anda pecinta binatang, sila jangan mencemuh kawan saya ni, dia bukanlah memakai baju bulu musim sejuk rekaan pereka fesyen ulung seperti anda nampak..
After all he’s one of my true friend…jenis kawan yang akan sedih kalau salah sorang dari kami mati. Dan kalau orang ramai sibuk bertanya, kenapa aku still nak berkawan dengan dia yang aneh tu? Jawapannya mudah…
We may look so different..in the outside,
But inside, I guess I’m as weird as he too…cheers!
Aku benci engkau yang bertanya begitu, sungguh memilih bulu sekali!
Title : Derma Untuk Mendirikan Masjid AL-Khamarul
Medium : flyers khursus, my lovely pen, scanner and photoshop
Technique : teknik magik! Hahah!
Tanggal 15 & 16 hb Disember 2007…maka tertanggallah keraguan setiap insan yang selama ini mengaggap aku adalah calon terbaik "most gorgeous playa 2007".anda silap.. Aku kini pemilik sijil sah pra-perkahwinan. Dan dalam keadaan sangat bersedia dari segi rohaninya untuk berumah dan bertangga juga beberapa landscape menarik di halaman, ditambah hiasan dalaman bak hotel 5 bintang. Maka usahlah lagi wahai insan-insan keliru, terus-terusan menunding jari kepadaku menuduh akulah player itu yang suka befoya-foya dan selang sejam meninggalkan wanita sekerap menekan butang ‘BEEP’ dalam rancangan tv yang penuh kata-kata kesat.
Kalau ditanya.."apo bondo eh yang ekau blajo kek tompek tu?" Tanya seorang pemandu kereta bernombor pendaftaran N9, secara selamba dan berlagaknye dari dalam kereta..
Mcam tau-tau je aku baru pulang dari khursus dan juga sedar bahawa no plat keretanya terlalu nice..
Apa yang aku belajar ye..? ni dia…
1) Penceramah percaya bahawa jika lelaki mula terangsang boboynye mampu membasahi lebuhraya MRR2.
2) Dia juga suruh bakal isteri selalu mengenakan pakaian yang "terang dunianya" ketika bersama suami..heh! terang sampai si suami nampak ada dua buah dunia! Yaa!
3) Percaya yang semua lelaki kalau tak dapat sex selama 3 hari berturut-turut akan timbul penyakit tak mampu melihat devider..huhu!
4) Yang paling penting mereka mengistilahkan didalam hubungan seks, si isteri sebagai typewriter dan sisuami penulisnya, dan si isteri jangan cuba sorokkan typewriter dari suami anda, sebab sisuami masih mampu menulis menggunakan tangan…jeng!jeng!jeng!
Ok la, ini cebisan nota-nota yang aku catit sepanjang ceramah 2 hari tu:
Contengan otopsi belahan kepala manusia buruk ini adalah penterjemahan aku untuk menunjukkan otak itu berasal dari kepala seorang manusia…bukan otak lembu, sebab lembu sama macam BUSH, xde otak! Hehe!
Contengan ini mewakili perkataan OTAK
Contengan seorang lelaki mengadap ke tenggara dan si perempuan ke timur barat ini bukan sebab si pompuan tu merajuk kerana si lelaki sibuk bermain dengan boboynya. Ini lambang produk bejenama tersohor KAPPA Macam tak menarikkan? Damn! Patut aku lukis bahagian dada pompuan tu besar lagi..baru attractive. Heh!
Contengan ini mewakili perkataan KAPPA
Contengan 4 buah bangunan disiram mentari petang yang suram ni melambangkan sebuah bandar yang maju + simple + aman dan sunyi sebab aku lupa lukis orang…hehe!
Contengan ini mewakili perkataan Bandar atau CITY
Contengan ni nampak macam abstract atau dengan bahasa pasarnye "tak lawa" adalah gambar boy (housemateku ) yang duduk kat sebelah aku masa kursus tu. Muka dia memang la tak buruk sampai macam ni, bagi pengidap penyakit ganjil "pembentukan gelanggang iceskating" diatas kepalanya, lukisan ni bayangan aku jika dia cuba menyimpan baki rambutnya hingga panjang dan di dreadlockkan..dan dengan ketinggian mencapai 153cm maka dia layak untuk mewakili perkataan RENDAH*boy……sory ye..aku tak buat dah pas ni.
Maka terhasillah logo rasmi OTAKKAPASITIRENDAH…..peace brother!
Cuma Ringgit Malaysia tujuh (7) ribu serba satu je…..



