6

Cakap sama tangan




Title : cakap sama tangan
Medium : red paper, pen, marker and photoshop
Technique : National, Panasonic





Jika kamu bikin kata-kata/

Yang aku tahu/

Setiap satu itu dusta/


Sila..


Cakap sama ini tangan/

Dan yang pasti/

Tangan tak akan heran/


Wahai kamu,


Bermulut bacin bernafasnya hancing/

Ku angkat si telunjuk, hantu dan manis/

Sila baca antara garis/

Sampaikan pada waris/







P/S: Sekarang Tanah Malaya sangat kesibukan dalam mencari siapakah "Papa Ba Alip Ba ya~". Hmmmm…bla~bla~bla~ wut eva~



11

moving space





Title : moving space
Medium : rough paper, pen, and photoshop
Technique : teknik sapuan asas mentega keatas kepingan roti segar…
.
.
.
.
.
.
.
Saya dalam keadaan bersedia mahu balik ke kampung halaman di dalam sebuah kediaman estet. kami sekeluarga duduk dalam panorama yang agak hutan. Tapi keseronokan pulang ke kampung kini amat saya rasai, bersama papa memburu si ayam hutan. Ah~ seronok sungguh membunuh!.
.
.
.
*cerita seterusnya ada kena mengena dengan memburu, sila baca:
.
.
.
Seorang pakcik tua umurnya 80 tahun bersembang dgn saya, sama2 berkongsi bas pulang ke destinasi seterusnya. Dia kata kesihatannya makin bagus dalam umur begini, dia mempunyai seorang isteri berumur 20 tahun dan kini mengandungkan ananknya. Penuh bangga cerita si tua itu.

Aku kemudian memberi respon..”saya ada cerita pasal seorang pemburu yang sangat gemar memburu. Tiap-tiap hari dia akan memburu di hutan belakang rumah beliau. Satu hari, dia terburu-buru hentak memburu kerana sedikit terlewat. Semasa mencapai senapangnya, dia tersalah dan terambil payung isterinya tanpa sedar, lalu terus ke hutan”

“tak best la cite engkau ni, takde unsur seks ke?” kata pakcik kuat seks itu.

“sabar pakcik, I’m reaching the point now..” dengan sopan aku menjawab, aku lalu sambung lagi. “sesampai pemburu itu di hutan, dia telah terserempak dengan seekor beruang yang sgt lapar (berdasarkan perutnya yang kelihatan kempis sedikit) dan menerpa kearahnya dengan niat mencederakan beliau. Dalam panik, pemburu itu mengangkat payungnya dan cuba menarik picu. Tiba-tiba beruang itu terkulai jatuh ketanah lalu mati...pemburu itu termangu-mangu”

“Mustahil! Takkan payung boleh tembak? Mesti ada orang lain yang tembak beruang tu!” bentak si tua kuat seks itu dengan nada “in denial” yang kuat.

“ABSOLUTELY!!” aku seraya membisikkan kata-kata ini betul di muncung cuping telinga kirinya.








p/s: moving space; ialah karya mengekspresikan perasaan ingin berpindah secara zahir dan batinnya keruangan yang lebih luas dan selesa. Perasaan yang terdapat keatas setiap insan melainkan anda insane. Menceritakan penerokaan jiwa dan otak kearah yang lebih bermakna. Ah! Sebenarnya aku hanya mahu hasilkan sesuatu yang cantik, itu saja tujuan utama!.

*cereka diatas dipetik dari sumber yang tidak diketahui…sila cari rujukan sendiri.
.
.
.
.
Niat membunuhku makin memuncak!

10

Soo00ooOO "otakkapasitirendah" SEXY!






Title : komik pg 3 (projek fully age)

Medium : Paper + pen and photoshop

Technique : sekolah menengah teknik slim river...



Untuk pengetahuan semua, saya juga berbakat melukis komik. Jika kamu baru sedar akan satu lagi kehandalan saya ini, begitu juga dengan saya. Ini adalah inisiatif pertama dalam cubaan meneroka kebolehan jari-jemari misteri milik saya ini. Sejajar juga dengan kewujudan blog saya yang sangat tulus mulus ini. Nah! persetankan karutan di atas semua.
'
'
Komik diatas adalah helaian mukasurat ke-3 untuk 16 mukasurat komik yang sudah saya hasilkan untuk dijadikan buku lirik rilisan sebuah kugiran yang namanya dirahsiakan. Ketua kugiran ini (seorang kelasi kapal yang tidak kacak tetapi kaya), telah dengan tegasnya mengarahkan saya supaya cuba merialisasikan impiannya ini.
'
'
Sungguh kerana ketidak tampanannya yang amat itulah juga, saya terima lawaan ini demi *meng"avoid"kan diri jauh2 dari beliau. Akibatnya, hampir sebulan blog ini tidak bersuara, entah apa kuasa si kurang tampan itu, hingga aku turuti kehendaknya?
'
'
Semasa sesi latihan kugiran baru-baru ini. saya sempat bertemu beliau (sambil menutup mata dengan kain). walaupun saya muntah beberapa kali, namun dapat juga menangkap kata-kata beliau seperti berikut "Aku rasa ko simpan je la komik tu, kitorang nak rekod balik and tukar semua lirik" (baunya sangat hamis). Sambil jari telunjuknya diletakkan di celah kacamata "Indie" nya, dan ditolak ke atas sedikit, juga sedikit senyum sinis.
'
'
**Aku lalu bangkit, kucapai mikrofon yang sedari tadi ada disebelahku, aku rapatkan set sistem PA betul-betul di telinga beliau, lalu aku jerit "Fucking awsome dude!"
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
*kata2 inggeris digunakan untuk menunjukkan betapa penulis sangat maksudkan.
**Gantinama "aku" digunakan untuk ekspresi marah
'
'
'
'
'
'
P/s: Sebelum beredar, aku telah menghempuk kedua-dua sistem PA itu ke muka mangsa. Mangsa? ya! beliau cedera parah di muka, dan kini berkira-kira mahu membuat pembedahan plastik ala-ala artis barat. Bagus juga, kalau dia mati nanti, aku hantar mukanya ke kilang kitar semula.
'
'
'
cheers!
'
'
'

6

"Johnny Depp terpaksa akur" itu kata doktor






Title : "Johnny Depp terpaksa akur" itu kata doktor
Medium : x-ray result, photoshop
Technique : menghabiskan masa mc


Ini susulan kejadian yang tidak kelakar berlaku sekitar 1.00a.m di pangsapuri tempat tinggalku. Serius ada org terjun dari tingkat 16, bukan kerana aksi stunt atau punya kuasa peter petrelli, tapi dia ingin tamatkan riwayat hidupnya dengan cara paling popular itu. Mungkin dia mahu bernisankan headline surat khabar tempatan.



Aku yang separa tidur dikejutkan oleh rakan-rakan rumah, bergegas ketempat kejadian. Memang tak tipu, mayat dah ditutup plastic hitam. Kami masuk dalam crowd, cuba ambil video, sambil-sambil dengar penerangan seorang volunteer menceritakan kejadian yang berlaku. Gaya dia bercerita macam detektif, penuh andaian-andaian beliau berdasarkan keadaan dan lokasi kemalangan.

Jarak dengan mayat (approximately 5meter). Seorang pak polisi selak plastik hitam yang tadi menutupi mayat dengan tujuan memudahkan fotografer forensic menjalankan tugasnya. Ya! ambil gambar (twist skit je nak konfius). Aku cuba amati keadaan mayat secara teliti, kelihatan macam seorang lelaki yang berisi dan warganegaranya diragui. Aku tolak seorang rakan aku kedepan, supaya dia boleh ambil video keadaan mayat tadi dangan lebih jelas.

1……………………………………………………..2……………………………………............................Tumbang!

Keadaannya tak ubah seperti tumbangnya highland tower.Menjunam ke tanah. Bayangkan, sila ambil papan sepanjang 1.83 meter, dirikan secara menegak dan lepaskan. Impak pelanggaran yang kuat bukan? Jika kamu rasa cukup kuat impaknya, cuba bayangkan ini pula. Dihujung papan bahagian atas sekali letak batu-bata sebagai pemberat, dirikan dan lepaskan lagi. Pasti batu-bata itu pecah bukan? (kalau tak pecah, ulang lagi dan sila guna batu-bata yang murah).

Begitulah panorama terjunnya kepala ini menghentam lantai konkrit setebal 175mm yang dibantusokong oleh besi kerangka tetulang BRC7 (dua lapisan) itu. Aku “blackout” tanpa sebarang amaran, dari elok berdiri aku tiba-tiba tumbang (tumbang bukan rebah, sila rujuk cerita papan diatas). Suasana jadi lebih kecoh, tapi berkat aku mendapat rakan-rakan yang masih mahu mengaku aku sebagai member lagi, keadaan jadi terkawal. Aku pulang dan terus tidur.

Keesokan hari aku ke klinik, berbekalkan muka calar dan bengkak di serata sisi kanan wajah pencair wanita ini aku masuk berjumpa doctor. Dia tanya kenapa? Aku pun cerita kejadian sebenarnya, dia pulak ketawa. Damn! Katanya aku ni jenis lemah semangat, tak boleh tengok benda-benda macam itu, katanya lagi sambil lumur iodine kekulit mulus aku. Thank doctor! Sekarang saya baru sedar. Dia nasihatkan aku buat sinar-x, takut ada retak. Dia cakap “I takut struktur tengkorak Johnny depp you ni lari settingnya”. Aku memang tidak membantah…….sedikit pun tidak doctor.

Lihat gambar: keputusan sinar-x menunjukkan, struktur rangka Johnny depp aku masih kukuh (lihat ramai gadis turut melurut dada tanda bersyukur). Tempat plaster adalah bahagian paling kritikal sekali menerima impak secara terus dengan lantai konkrit. Imbasan otak menunjukkan terlalu banyak fantasi dan tanpa ada sedikitpun riak-riak otak. He

p/s: gambar dibawah ialah design yang baru disiapkan untuk sebuah komuniti seni bahasa milik seorang rakan. Kapasitor.net. silalah lawati mereka, jika anda suka sajak,cerpen,novel dan sebagainya. Jika mahu beli baju design itu pun boleh ke sana.





2

Ibu Tempat Lahirku


Title : Ibu Tempat Lahirku

Medium : Paper, pen, and photoshop

Technique : Draw on paper, scan and edit in photoshop




Ibu,


Aku anakmu,


Kemana pun kupergi,


Aku tahu,


Tempat lahirku,


Kamu.



Ibu, aku mahu balik padamu...










p/s: Jika kamu sedih membaca tulisan diatas, sila jangan. Kerana, tulisan diatas untuk ibu saya bukan ibu kamu. Sila ambil nota, bahawa ibu saya seorang wanita yang sangat menawan. Dan jangan pasang angan mahu mengurat dia.

5

Ini cerita tentang aku bercerita aku menulis cerita "Aku sebiji dompet"

Title : Cerita tentang bercerita menulis cerita "Aku sebiji dompet"
Medium : Office rough paper, pen and photoshop
Technique : draw + scan + edit + brush + colour + cut + photoshop


Aku telah di TAG!

Dia tag aku…budak perempuan yang jantinanya diragui kerana separa punk!
Dia mahu tahu isi kandungan dompet aku, dasar perempuan meterialistik?


~Aku sebiji dompet~


Aku adalah sebiji dompet, dan tubuh gebuku ini diperbuat dari 100% kulit lembu yang begitu asli sekali. Tarikh lahirku tidak pernah aku ketahui, kerana ibuku sebuah mesin yang sangat gigih dan sibuk melahirkan anak-anaknya , hingga mendorong ibu kurang berbicara . Kami seiras semuanya, dan sangat bernasib baik kerana dilahirkan dari keturunan yang terkenal. Terpana nama bapa kami disudut kiri badan, terukir indah diatas plat aluminium. SEED namanya.

(cerita seterusnya; Mereka semua dibawa menaiki lori, dan terserempak dengan ultraman sedang bergaduh dengan raksaksa berbibir besar semasa di dalam perjalanan, sebelum mereka diagih-agihkan dan dipamerkan dalam rak kaca. Tapi terlalu panjang, lalu cikgu suruh potong)

“Wow! Lawanye…” bisik gadis yang sangat manis sendirian. “Lawa? Aku kacak tau tak!” Bentak hati dompetku. Tiba-tiba, gadis manis itu bingkas beredar…”baru nak usha…dah bla….” Belum pun sempat habis bicaraku, tubuh gebuku diangkat, dan dalam sekelip mata aku telah terperosok didalam sebuah bilik gelap. Terkontang-kanting aku terlambung didalam ruang gelap dan sempit itu. Aku tidak sedarkan diri lalu pengsan.

“SURPRISE SAYANG!”

Ini kata-kata si gadis manis tadi sesaat sebelum aku terjaga dari pengsan, aku bingung!

“Apakah?”

Dalam pada kebingungan tadi, aku curi dengar perbualan antara sepasang kekasih itu. dari cakap-cakap mereka, aku mulai faham. Aku adalah hadiah hari jadi dari gadis yang sangat manis tadi kepada teman lelakinya. “wah! Beruntung benar teman lelakinya kerana dapat aku, percuma pulak tu” hati kecil dompet ini berkata lagi. Dari kesamaran aku nampak sosok tuan baru aku itu, “kacak juga, seswai ngan aku..” aku tersengih.

Bermulalah hidupku, sebiji dompet yang bertuankan si kacak!

Setahun berlalu. Aku semakin lunyai, pipi semakin kembung….kulit kusam, dan paling dasyat, terdedah dengan risiko jangkitan kulit. Tuan aku sangat sayangkan aku, itulah juga sebab kenapa dia nak simpan semua benda peribadinya padaku. aku juga tidak pernah lekang di bawa kemana-mana. Kurang mesra kata kamu? Aku hanya di pisahkan ½ inci sahaja dari punggung beliau, tak mesra lagi ke?

(Perenggan seterusnya juga terpaksa dipotong kerana dianggap lucah oleh cikgu. Terlalu banyak tulis “punggung”. Cerita berlanjutan lagi sehinggalah dompet itu telah di copet oleh penyeluk saku)

Di bawah sebuah jambatan, di tengah kotaraya. Terlihat sesusuk tubuh sedang mencangkung, dan tangannya sedang sibuk menyelongkar sesuatu.

“Hmm..RM500, Wow!” makan besarlah dia, kata hatinya gembira. Seronok benar lelaki bawah jejambat kotaraya tadi, tersengih hingga ke umbun-umbun kepala. Tidak sia-sia dia memilih mangsa yang kacak. Benar tela’ah beliau “Lelaki kacak dan perempuan cantik = banyak duit”. Sengihnya makin panjang.

Aku masih lagi buntu. Pening kepala terhayun kedepan dan belakang dengan laju tadi membuat aku pusing, perit badan 100% kulit lembu asliku. “kuat betul dia genggam, mesti berbekas teruk ni” rengus hatiku. Badan aku diraba-raba lagi, baru tadi dia ambil duit tuan aku dari ruang utama, “Apa yang dia nak lagi?” tanyaku seorang diri. Setahu aku, tiada benda lain lagi yang berharga di dalam ruang-runag diriku ini lagi?. Melainkan gambar tuanku (yang kacak) dan gambar kekasihnya si gadis yang sangat manis itu. Itulah ruang kegemaran beliau.Bingung.

Lelaki bawah jejambat tadi masih lagi dalam posisi mencangkung, sibuk benar dia membuat otopsi isi kandungan hasil buruannya tadi (AKU). Lagaknya tidak ubah seperti detektif cerita CSI yang selalu ku tonton bersama tuan kacakku. Di kakinya bertaburan 3 keping kad hutang yang masih lagi bertopok darah segar. Di lontarnya pula beberapa keping resit bertulisan jepun, kad bisnes dan sekeping kad tertera “passport entrance-Tokyo Disneyland”. “Sampah!” tempiak lelaki tadi, berterbangan pula kad keluarduit untuk 2 buah bank berbeza. Marah benar dia, kerana tidak disertakan nombor katakuncinya sekali. Dia selongkar lagi.

Aku lemah, habis setiap genap suduk empat segiku di raba. Rakus benar dia, terburai bermacam barang purba khazanah tuanku. Tuan aku itu memang “Antique keeper” yang bagus. lelaki bawah jejambat ini tak ubah seperti Indiana Jones yang mengkajigali khazanah, tapi kali ini khazanah tidak berharga. Aku sudah hampir kontang di kerjakan, yang tinggal hanya kad warganegara Malaya, kad insurans nyawa, gambar dan kad tertera kuasa mata kiri dan kanan tuan aku itu sahaja.(sangat kacak bila dia berkacamata).

“Takde benda dah lagi ni, buang je (Pak) lah!” Lelaki bawah jejambat membentak, sambil tangannya diangkat tinggi dan berhenti pada posisi melontar. Aku memejamkan mata, “Kesungailah Aku….!”. saat ini, otak dompetku ligat memaparkan satu persatu perjalanan hidup dari awal hingga saat ini, dan dari yang paling indah hinggalah yang paling menyampah, sungguh mengerikan. Inilah dia pengakhiran kisah “aku sebiji dompet”….tangannya kurasa mula menghayun kedepan. Riwayatku hampir tamat, selamat tinggal semua……………

Bila hati terasa gundah,
Aku pejamkan mata,
Aku leka,
aku lupa,
dan,
Aku redha……

BUAK!..........................................................................................................................Adoi!

Aku mendarat keras, pendaratanku tidak terasa basah air. Sakit. Fikirku, aku mendarat diatas batu-batu sungai. Sebaliknya bila aku buka mata…….”Tuan Kacak!” sepontan aku bertempiak. Aku lihat dia sedang menghampiri aku, dibelakangnya lelaki bawah jejambat kelihatan longlai dan lunyai. “Padan muka!, Syabas Heroku!” itu teriakku 5,4,3,2,1 saat sebelum kami saling berpelukan. Sangat mesra penuh sentuhan kasih kami curahkan, da…

(juga terpaksa dipotong. bukan kerana lucah dan dimarah guru, tapi penulis yang semakin malas mengarang)

Dari satu sudut bawah jejambat kotaraya itu, terlihat seorang kacak berambut menggerutu berpegangan sambil berpusing-pusing (dengan gembiranya) bersama sebiji dompet. Mereka seperti meraikan sesuatu. Sangat indah panoramanya. mesranya mereka, alangkah bagus jika dunia sentiasa segembira mereka.

“Tak ape, naik je..” aku membenarkan permintaan tuan aku untuk menunggang di belakangku. Dia memang begitu jika gembira pasti aku ditunggangnya (rujuk lukisan). Aku dipacu dalam keadaan penuh enjoy dan ceria. Kami meraikannya, bersatu semula setelah terpisah seketika. Walau sejenak terpisah kami sama-sama menderita. “Lompat lagi…ah! Happynya!” kami terkinja-kinja kegembiraan. Aku dipacu kesana dan kemari, dia tunggang belakangku dan dia tunggang lagi. Hingga balik kerumah pun dia masih menunggang aku (tiba-tiba menyampah pulak).

Inilah dia kisah aku sebiji dompet. Owh! Dan aku juga berkawan baik dengan sebiji tong sampah.

(tong sampah sengaja disebut untuk ambil hati cikgu, yang katanya ending haruslah “watak” itu dibuang kedalam tong sampah kerana tuannya sudah dapat pengganti yang baru dan metilah ber’mood’ sedih. Aku benci attitude habis madu sepah dibuang ini, tidak elok dijadikan rujukan. maka aku ingkar)

Cikgu : kenapa kamu tak buat ending sedih macam saya suruh? Mana tong sampah? Saya tak Nampak pun? (sambil memiat lemak perutku)

Aku : Saya PUNK cikgu, tong sampah ni sensitive sikit. (ini 2 saat sebelum aku terjerumus kebawah meja sekolah akibat di lempang).




P/s : Dila (peng-TAG), kau dah puas? Aku tak mungkin hasilkan entri tanpa lukisan. Tapi aku boleh hasilkan tulisan yang panjang ini khas buat kamu.
siapa-siapa tahu di mana boleh dapatkan lollipop yang sangat besar dan sangat sedap?




7

At Least I Speak!




Title : At Least I Speak!

Medium : Absolutely photoshop

Technique : cut + paste + edit + colour

Mengikut rancangan, aku tidak sepatutnya kembali untuk berblog pada tarikh hari ini. tapi cekal hati, gegar jemari ketagihan atmosphera dunia separa realiti ini. puluhan rokok bukan peneman ku lagi, ketebalan nikotin dalam peparu kiri lebih cepat tumbuh dari yang kanan. entah kenapa jgn tanya saya, agak-agak saja...

"Kami bukan nak buat apa-apa sekatan untuk mereka, tetapi kami rasa perlu mengenali mereka, dan mendali mereka. ini tujuan kami, dan itu yang Pak Hal* pesan dekat saya" petikan kata-kata Dato' Ahmad Shabery Cheek ape entah. Berikutan pendedahan terbaru kerajaan ONMU untuk membuat perjumpaan dengan pem-blog.

kata-kata saya. "APE KE GOBLOG?"

bagi kamu yang mendapat jemputan untuk duduk semeja bersama poolitikus ini, untuk sesi berkenal-kenalan. Bersedialah anda, untuk dijamu menu istimewa:

1) Ayam golek balut duit bernota-nota.

2) Kerabu tanah sebidang dua.

3) Habuan-apa-sahaja-janji-kamu-tulis-yang-elok-sahaja-pasal-saya masak tiga rasa

Nasihat saya jangan makan, dijamah pun jangan.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Bila ditanya lebih lanjut benarkah mereka tidak akan memberi sebarang sekatan kepada pem-blog? Beliau berkata " kita mungkin boleh bawa kuda ke tempat minum, tapi kita tidak boleh paksa kuda minum". Waduh!...Penuh metaforanya, sangat indah bahasanya, kerewang-kerewang awan larat pun penuh mengelilingi kata-kata Deep beliau itu.

kata-kata saya "JANGAN FIKIR KAMI TULIS BLOG, KAMI GOBLOG? GOBLOG!

Nasihat saya, sila baca kata-kata beliau itu tanpa sedikitpun mengambil kira metaforanya. Ianya bermaksud sangat direct. Biar abang terangkan pada adik-adik sekalian ya.. mereka mengistilahkan pem-blog sebagai kuda, maksudnya kita ini kuda dan bakal dikuda oleh mereka. belum apa-apa, mereka dah kata yang kuasa ada pada mereka dan kita hanya kuda, walau liar mana kata tetap di bawah kawalan mereka. kerana? kita ialah kuda....dan akan jinaklah kuda itu (dalam fikiran mereka) bila minuman yang disajikan itu ialah susu kuda betina yang masih dara (nota: ini ialah susu paling istimewa buat kuda).

hehe! aku bakal digelar black stallion (berdasarkan warna kulit dan otot-otot serata tempat).

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Bila ditanya pula apa usaha mereka mendekati pem-blog ini?

Mereka akan membuat blog sendiri dibawah menteri penerangan dan isinya akan menarik golongan muda untuk membaca. kerana, ianya berbentuk santai dan ringan.

kata-kata saya "GO-BLOG, GOBLOG!"

Pertamanya disini, cubaan meracuni pemikiran warga-warga yang cetek pengetahuannya tentang kewujudan blog atau media alternativ ini. Dengan mencanang bahawa, tulisan-tulisan didalam setiap blog adalah berusurkan santai dan ringan, dalam erti lain ianya bukanlah sebuah bahan bacaan yang boleh dipercayai dan silalah percaya pada tulisan di akhbar-akhbar tempatan.

Keduanya pula, siapa bakal menulis tulisan ringan dan santai itu? yang pastinya bukan sasterawan negara. Bukan saya...anda? Ahadiat Akhasya mungkin?

Biarlah....yang penting sesiapa yang terjumpa dengan blog berunsur santai dan ringan penulisan org pro-kerajaan ini, teruslah linkkan pada saya. kerana saya ini orang muda dan sangat tertarik dengan penulisan yang santai dan ringan dan seratus peratus adalah kerajaan.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

*Sila baca terbalik

p/s: saya sekarang sedang bercuti seketika menulis blog, kerana ada sesuatu yang perlu diselesaikan dahulu. bulan depan saya bakal kembali lagi. Tersentuh juga hati membaca komen penyinggah blog busuk tulisan orang bisu, pekak dan buta ini. terima kasih semua! harap post ini dapat mengubat rindu bersama.

owh! sebelum terlupa, karya diatas adalah nama sebuah kugiran bawah tanah tempatan yang kini telah bubar. Namanya sungguh kena dengan tajuk kali ini.

sampai berjumpa lagi.

(harap-harap dapat jemputan bersama politikus tu, lama tak mendengar org cuba menegakkan benang yang basah)