8

Muka Piano


Title : Muka Piano
Medium : Paper, pen, and photoshop
Technique : Doremifasolatido, Dotilasofamiredo.



Kamal mundar-mandir dihadapan pintu besar itu, dia kelihatan resah. Dahinya kelihatan seribu kerutan. Peluh menitik jatuh dari runcing dagunya, dan sesekali nafasnya kelihatan tersekat-sekat.

Dibalik pintu itu berlangsungnya persidangan parlimen Malaysia. Politikus berpangkat tinggi tidak berubah sejak 25 tahun dulu. Carut dan fitnah menjadi ulam pertikaman lidah mereka dari tahun 2009 lagi hingga kini. Dan isunya sentiasa "Salah siapa lebih salah".

Keadaan huru-hara dibalik pintu besar itu makin meresahkan kamal. Tidak lama kemudia dia mematikan langkahnya tepat pada muka pintu itu, nafasnya tenang dan matanya membulat. Dia nekad.
'
Pintu besar tadi terkuak besar dek sepakan kamal, lantas dia menjerit “Syyyyyyhhh! Kamu semua diam!"

Keadaan serta-merta menjadi hening. Mata politikus-politikus tamak tadi semua tertumpu pada kamal.

“Diam, aku tidak mahu suara kamu mengejutkan anak kecil ini” Suara kamal lemah, sambil jemarinya lembut membelai rambut anak yang sedang lena itu.

“Dan dia mengetahui yang dunia ini bakal musnah...”
'
'
'
(Demikian sahaja cerita rakyat pada kali ini. Berita jam 6 selepas ini akan disampaikan oleh Mariamah Tijo)
'
'
'
'
'
P/S:: Muka Piano. Bunyinya merdu, tapi bisu tiada nota jika tidak disentuh sesiapa.
'

18

Mentari Ink is Back! Allright!


Tangan Kiri :
"Hei! kanan, gua bosan la. Khidmat mencebuk gua belum diperlukan lagi."



Tangan Kanan:
"Kalau macam tu, dengan hikmat cebuk kau dan hikmat suap aku, kita selesaikan masalah kiub pelbagai warna ini."



Tangan Kiri :
"Lu silap dengar tadi. Gua cakap khidmat bukan hikmat."
'
Tangan Kanan :
"Ah! jangan banyak cakap. Buat je la."



Tangan Kanan & Kiri :
"Tadaaa.....!"



Title : Mentari Ink is Back! Allright!
Medium : graphic marker, sepasang paha yang menggeramkan..
Technique : Lebih kurang macam perasan, tapi berat kearah berangan-angan.




Welcome Back to Mentari Ink!

Tattoo palsu kita pada kali ini bertajuk, “Sepasang Tangan yang suka menunjuk-nunjuk”. Pada yang berada di Negara mat Salleh “Hands that love to show off”

Sedikit penjelasan.

Terciptanya idea Tattoo ini berasaskan pemikiran “ Bagaimana mahu tangkap gambar kedua-dua tangan kamu, sedangkan kamu harus menggunakan tangan untuk tangkap gambar?”


Sekian sahaja episod kali ini.
'
'
'
'
'
'
'
P/S :: Owh! Sebelum terlupa, sila jangan ketap atau gigit bibir anda ketika melihat rajah diatas. Saya tahu ianya memang mulus.

12

Dilarang kesat disini



Title : Komik antik
Medium : Paper, pen, and photoshop
Technique : Komik versi 5 minit


Jika dirujuk pada entri sebelum ini. Kelihatan saya melukis watak sendiri versi gonjeng, atau kata sopannya berambut pendek. Adakah watak itu sekadar alter-ego saya, atau hanya watak ciptaan agar saya kelihatan segak?

Kedua-duanya tidak benar.

Pertama, secara “common sense”nya saya memang kacak dan segak (tak perlu terangkan lagi pasti semua kamu sudah sedia maklum).

Keduanya, rambut saya kini memang berupa sebegitu. Ternyata kekacakan saya tidak dipengaruhi oleh timbunan rerambut gulung itu selama ini. Kini boleh dikatakan, terlebih kacak sudah. Sudah kurang kelihatan lebah-lebah tersesat mencari sarang mereka.

Walaupun, saya secara peribadi faham yang kamu memang tidak mahu ambil pusing tentang ini. Sudahlah kamu mahu fikirkan tentang belanja sekolah anak, politikus-politikus yang kini popular melebihi selebriti, dan ekonomi yang makin teruk. Yang lebih membebankan disebabkan semua ini, niat mahu kawin dua kamu juga menjadi lebih rumit. Mana mungkin mahu fikir tentang seorang blogger, yang sudah kacak ditimpa segak pula ini.

Apapun, saya hanya mahu pesan jika kamu-kamu ini terjumpa saya dimana-mana.

Jauhkan diri dari saya jika kamu seorang yang “KESAT” sifatnya.




P/S:: Piawai keKESATan boleh dirujuk pada politikus sedia ada, mereka adalah peringkat tertinggi dalam piawaian ini.


21

Kejutan!



Title : Kad Harijadi Kejutan
Medium : Paper, pen, and photoshop
Technique : Meniup 25 batang lilin yang bernyala ceria.


Kekasih,

Dua puluh lima tahun,
Cukup menciptakan bidadari,
Yang tiga tahunnya,
Memberi sempurna kepada insan hina.

Terima kasih, beri aku bahagia
Terima kasih, beri aku sempurna

Terima kasih, menjadikan “KITA”
Terima kasih, kau terima kasihku

Ku syukuri kelahiranmu,
Bukan hanya sekali,
Bukan hanya pada hari ini,

Syukurku panjang,
Hingga tiada nanti.


Selamat Hari Lahir "NORASHIKIN BINTI MOHD THAIR"







P/S:: Ini juga merupakan entri Otakkapasitirendah yang ke-100!! Wah~ ironinya.


6

Kurang Pakai


Title : Kurang Pakai

Medium : pen, paper, photoshop
Technique : on your mark, getset…..GO!



Bukan berkaitan dengan lukisan :

Sekali-sekala saya sering teringatkan aneka drama swasta lama-lama. Saya sempat kenal watak bernama Tapa. Watak ini muncul takala bulan puasa menjelma, wataknya yang agak unik mampu memancing mata untuk terus mengenali beliau. Sengau, hitam dan kerinting serta catchy, membuatkan saya sering menonton “Rumah kedai”. Faktor lain yang menjadikan drama ini terkenal, kerana berakhirnya rancangan ini maka hampir masuklah waktu berbuka puasa. Arwah Pak Halim pula, kalau dalam Lord of The Ring dia macam Gandalf.

Jika kamu rasa ini cukup nostalgik, cuba kalau saya sebut “Santan Berlada”? lupakan sementara “Pi mai Pi mai Tang tu “. Komedi awal bermula dengan “Hikayat Hang Setia”, dimana Param juga berlakon, berlatar belakangkan kehidupan zaman panglima.

Komedi selepas itu pula, “Jangan Ketawa” dan “Gado-Gado”. Kedua-dua siri ini menampilkan komedi gaya sketch yang mendahului zaman. Kalau tidak percaya kamu boleh tonton semula, kebanyakan lawaknya kini sudah boleh diterima.

Kamu kini ketawa kecil kerana teringatkan sedutan-sedutan kecil dari cerita-cerita diatas. Sedang kamu juga patut sedar, yang kamu telah besar panjang. Saya tak pasti apa yang membesar dan apa yang memanjang? Mungkin membesar untuk perempuan, dan memanjang untuk lelaki. Agak saya.


Cuba dikaitkan dengan lukisan:

Maka, setelah sedar yang kita telah jauh meninggalkan zaman diatas. Pada segala tahun yang telah berlalu tanpa kita sedar. Apakah yang bermakna telah kita lakukan? Bukan pada dunia, tetapi sekurang-kurangnya pada diri sendiri?


Berkaitan dengan lukisan:

Jadi lakukan sesuatu, apa-apa pun, selagi ianya berfaedah dan bermunafaat. Apa pun yang kamu mahu buat, yang kamu minat. Belanja diri sendiri makan, atau mahu boikot Amerika dan Israel. Mahu beri saya wang atau mahu melihat alam ghaib, hanya lakukan. Walau sekecil bijan dikisar seratus nilainya, walau sehalus kelemumur kuman sekalipun.

Dan jika kamu mati selaku pengemis, dan kamu sempat menyatakan rasa cinta kamu kepada gadis kerja bank idaman kamu selama ini. Sekurang-kurangnya, kamu tidak...

“USELESS, like Starbuck…Sitting across a street, of another Starbuck”




...walaupun cinta kamu ditolak.






p/s :: Saya ada blog, dan jika saya mati selaku pengemis. At least, Useless like Restoran Tom Yam Ala Thai sahaja kot?