13

Malam itu dari dalam sel, diluarnya hanya ada sebiji bulan sabit dan sebutir bintang.



Title : Malam itu dari dalam sel, diluarnya hanya ada sebiji bulan sabit dan sebutir bintang.
Medium : Paper, pen dan photoshop.
Technique : Parkir sisi dibahu jalan.


Pasti, saya sangat pasti. Persoalan yang bermain di minda setiap dari anda, “Adakah itu Bendera Negara Kita?”


Jangan salahkan anggapan kamu, dan jangan salah tafsirkan ia. Kerana mampu membawa pelukis kesayangan kamu ini ke dalam penjara.


Ini sekadar pencetus pemikiran, maka fikirkan. Saya sayangkan Negara ini yang telah pun merdeka. Walaupun hanya merdeka pada dalam minda kita sahaja. Kerana merdeka kita telah dipolitikkan mereka.


Hakikatnya, dalam pandangan saya, kita merdeka dari penjajahan. Tapi dijajah semula oleh kebusukan aturan, ketamakkan bajingan yang korupsi, penyelewengan dan undang-undang yang dicipta sendiri. Semua dibawah nama yang kotor. Kuasa politik yang keji pada masakini.
Politik yang tidak lagi asli, kita ditipu oleh phsycology mereka-mereka yang mengaku sejiwa, sedangkan rakus merebut harta. Sandiwara dipentas realiti yang telus mementingkan diri. Mereka ini yang membuatkan pejuangan asal itu menjadi keji. Sekeji najis babi.


Perhati, mari semua perhatikan. Setiap inci perjuangan mereka. Adakah kita masih merdeka? Atau merdeka hanya pada nama? Sedangkan kita terpenjara dibawah payungan bendera tercinta kita, yang setiap motifnya membawa maksud kesejahteraan, kemakmuran, perjuangan, kedaulatan dan perpaduan. Atau itu semua sekadar sejarah asal kemerdekaan kita yang kian dimamah sigila kuasa?


Seperti persoalan awal pada minda kamu sekalian semua. “Benderakah?”,“Bendera Malaysia kah?”. Jawab saya “Tidak, itu hanya silap pada mata kamu”.


Dan sila jawab persoalan saya ini pula.

“Merdekakah?”
“Merdekakah kita semua?”


Adakah jawapannya sama, seperti jawapan saya untuk soalan kamu sebentar tadi.






P/S:: Saya kehilangan pen kesayangan dan kini tidak punya laptop. Seperti disebut tadi, adalah alasan kelembapan entri-entri terkini. Jangan putus harap, saya seorang yang merdeka, pasti saya akan usahakan caranya. Oh~ sebelum saya terlupa, sila baca tulisan diatas dengan ritma rap.

14

Panorama Dasar Terbuka


Title : Biasa dia ni, nak kena ni.
Medium : paper, pen and photoshop
Technique : Sula dengan teknologi terkini


Panorama diatas ini, sudah menjadi benda biasa di Malaysia.
Jangan tengok lama-lama, nanti rasa rimas. Yang sejenis pula mungkin mula meramas. Ramas buah manggis atau kedondong mungkin perbuatan dibenarkan, ramas buah begentangan didalam kerandut sendiri dan mula terangsang, adalah dilarang didalam blog ini. Nak ramas masa baca blog watak lain saya benarkan.
Yang perempuan pun nak ramas juga? Boleh, dan jangan lupa pasang telefon tigaG anda dan rakam, beri pada teman lelaki yang sedang kusam, suram dan muram. Gerenti beres! Betul kata abang-abang sKRU.



P/S:: Jangan kata lukisan saya lucah, benda macam ini dah boleh bawak pergi masjid, pegang Al-Qur’an dan masuk TV kerajaan.

11

Benar yang salah dan salah yang dibenarkan



Title : Benar yang salah dan salah yang dibenarkan
Medium : Paper, pen, photoshope dan seribu ketenagan
Technique : Meneka waktu walau sudah punya dua utas jam rolex di kiri kanan tangan



Ini hanya luahan, dari apa yang tersemat,

Enam ratus empat ribu lapan ratus saat, dan aku hanya ingin ianya berlalu cepat/
Bagi aku ianya telah padam. Aku kerugian segala masa yang disebut tadi, hanya sepemejam/
Hanya monolog pada diri, berbisik dan memujuk hati. Mengenang erti hidup dan aku hanya mahu ianya pergi/
Selepas waktu itu selesai, aku mahu dosa silamku langsai/
Kelahiran semula adalah keajaiban yang tidak mustahil, bagi diri yang sudah lama jahil/
Percaya atau tidak, aku pernah rasa terbang diawangan/
Percaya atau tidak, aku kembali percaya padaNya, yang hampir aku lupakan/
Disana aku belajar betul yang disalahkan, dan salah perbuatan yang dibetulkan/
Keliru, dan aku tahu, pasti hidup lebih bermakna dari itu/
Aku sebut kembali syair-syair dan puisi indah dari langit. Terasa lekat di lelangit/
Kerdil bukan lagi pada tubuh, tapi pada jiwa yang kesat dan tak luntur walau di sagat hebat/

Luahan ini tamat, hati yang kebal dari keinsafan, kini sudah lumat.


*************************************************************

OtakKapasitiRendah datang lagi, kali ini dengan permainan gari-gari dan insaf.

Kehilangan saya boleh disabitkan dengan tarikh 30 julai 1982, dimana sang kacak berkepala menggerutu ini dilahirkan. Dan pada tarikh yang sama juga, tapi tahun yang ke-26 ini, saya terima hadiah yang super duper hebat. dariNya. Cukup jika saya katakan, dua utas jam tangan rolex + satu sut oren + dan percutian tujuh hari tujuh malam termasuk makan dan minum dan 24jam berpengawal peribadi, untuk 6 orang.

Saya yang kacak dari darjah dua ini, masih lagi kacak dengan rambut yang sedikit kembang. Cuma agak runsing dan keliru, mungkin atas kejadian sekeliling yang mendungukan. Jika ramai orang kacak yang bodoh berkeliaran di sana-sini, si kacak yang ini ialah dari jenis yang bijak. Masih tahu, jika orang mati dengan kesan tembak dikepalanya dan terdampar jauh didalam tempat yang sunyi, tidak boleh diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Itu cerita lain.

Yang ketua Negara versi alim pula sudah mula kusam. Mana yang awal-awalnya jadi imam disana-sini, hadith dan ayat-ayat suci disegenap ucapan, kini bisu bila isu agamanya diperkotak-katikkan? Tekaan saya, dia sedang dalam kelambu bersama isteri mualaf itu. Mungkin bermain permainan “sat-sat lari” atau “had lari”. Mana pula ketua orang-orang muda, yang dulu terpekik terlolong, tapi kini menyorok dalam tong? Ada orang kata, peguam-peguam dinegara ini banyak pegang rahsia Negara, betul agaknya? Harap-harap ketua Negara kita (yang lepas ini) tidak begitu. Sebab ini juga cerita lain, dan politik Negara lain.

Apa-apa pun, sepanjang kehilangnya saya buat sementara waktu itu, saya mula belajar. Terlalu banyak salah yang diperbetulkan, dan betul yang disalahkan.


P/S : Sekurang-kurangnya dinegara ini masih ada tempat yang aman, dan bukan bukit aman.