3

Selak-selak gambar bunga






Title : Selak ( E pepet )
Medium : Peper, pen and photoshop
Technique : Selak buku, tengok no. akhir mukasurat, ambik jadi score untuk liga bola kelas tingkatan (1 Agama 2) Sek. Men. Jitra.





Saya bercerita tentang selak, sekeping sehari, tiap-tiap hari wajib selak.
Mula putih, bersih tapi tidak jernih. Habis hari baru tahu apa isi.
Hitam, putih, bunga, duri, air atau api kadang antara teh dan kopi.
Selak semalam, ada kapal yang karam,
Selak hari ini, mula agak happy tapi tak tahu lagi.

Kadang ada hari rasa hendak koyak, tapi rasa macam terlalu banyak.
Bila rasa ragu, saya selak mukasurat yang sudah bertanda buku,
Dekat situ saya tahu, betul dan salah itu yang mana satu.
Kata orang, kalau nak ke depan jangan toleh belakang,
Saya bilang, boleh juga kalau kadang-kadang.

Lupa nak beritahu kamu, ada dua yang diselak bukannya satu.
Sebelah gambar bunga, sebelah lagi gambar yang bertentangan dengan syurga.
Lebih kurang macam dosa dan pahala, gula dan cuka, duri dan bunga.
Saya yang pilih semua, bukan ada siapa-siapa. Kamu punya pun sama.
Sendiri pilih mana yang kita lebih suka.

Saya pilih bunga.
Kalau boleh..

Selak-selak gambar bunga,
Selak-selak gambar bunga,
Selak-selak gambar bunga,
Selak-selak gambar bunga,

Sampai bila-bila.





6

Infinite Delay




Title : Cadangan kulit depan dan belakang CD untuk kugiran ganas
Medium : photoshop sahaja
Technique : SeMaya dan menggunakan "Karen" yang mungkin

Seperti tertera di teknik yang digunakan dalam penghasilan kulit CD kugiran diatas, perkataan "karen" atau "karan" sudah amat jarang digunakan. Begitu juga dengan perkhidmatan telegram, tak pernah dengar? Begini, dulu-dulu masa internet dan telefon takde, orang pakai telegram untuk sampaikan masej-masej ringkas. Zaman itu, sesiapa yang didatangi telegram, adalah bersamaan sembilan puluh lima peratus akan mendapat berita buruk. Kebanyakan berita kematian si polan atau si polin.

Sedondon dengan perginya cerita kita tentang kulit CD, saya sedang membantu merialisasikan idea seorang teman, tugas saya lukis apa yang dia bayang. Lebih kurang macam kerja sambung ekor beruang la. Dia memang tak berapa bijak, maka dengan kurniaan yang saya ada, apasalahnya saya tolong budak kurang upaya itu. Maksudnya, sekarang sepatutnya saya tengah busy.

Berhenti, lipat, patah balik, celah masuk cerita tentang karya diatas semula. Ini hanyalah cadangan yang saya kemukakan pada mereka (Infinite Delay), 1,2,3,4...ok, empat tahun dulu, namun sampai sekarang mereka tak keluarkan rilisan sendiri. Mereka kecil, tapi pemain drumnya punya otot kenyal, kepalanya bengkok sikit (entahlah, orang kata memang dari kecik). Pemain gitarnya, tak main gitar. Hebatkan? Pemain Bass pula, takde, tambah hebat lagi. Penyanyi pula sudah tua, giginya tinggal dua.

Bersempena nama kugiran mereka ini, INFINITE DELAY. Saya kata, "Tolong jangan sibuk-sibuk, aku tengah sibuk". Maaf atas ke "delay"an entri-entri terkini.








P/S :: HAaaaaaaaaaCciuwwwwwwwwwwwww!..............
















5

Jom Kawad!




Title : Jom Kawad!
Medium : Paper, pen, marker dan photoshop.
Technique : memutar skru bagaikan juruteknik.



Ayuh kawad dalam dakwad,

Sempat, derap ikut syawat,

Kawad pacak, terpijak, terlajak,

Kawad duri, si perdana menteri.


“Kau suruh orang ramai-ramai demonstrasi, tapi kau duduk rumah, mana nak jadi?” respon saya ketika sesi bual pagi di gerai mamak. Teman saya ini percaya jika ramai orang sertai demonstrasi nanti, pasti kerajaan akan turunkan harga minyak. Saya sependapat dengan beliau, jika seluruh rakyat bersepakat tidak mustahil berlaku. V for Vendeta, contoh termudah. Namun, kebanyakan kita hanya mampu berfikir sahaja tanpa disusulkan tindakan. Saya dalam golongan itu.

Mengapa? Kerana, kita tak cukup disusahkan lagi dan tak cukup rasa ditindas. Walau harga naik, tapi kita masih mampu beli. Di Negara seperti India dan Indonesia, terdapat jutaan yang tidak mampu makan sebelum harga minyak naik, apatah lagi selepas? Maka, perjuangannya bersifat bermati-matian. Perkara ini tidak terjadi di Malaysia, perjuangan bersifat bijak pandai, kerana hanya memperjuagkan sedikit peratusan dalam slip gaji. Walau ada pun, jumlahnya tidak besar.

Mungkin ini yang Pak Hal fikir dalam kepala hotak dia? Saya kata, “mungkin”. Maka, jika benar, apakah kita mahu terus-terusan digunakan atas dasar pandang remeh kita? Bila sudah betul susah, baru nak bertindak? Kita, merujuk kepada golongan “tahu fikir, tapi tak reti buat” dan saya.

Kita tak ubah seperti “Makan tahi, bila kena suruh, lepas itu cakap FUCK! Belakang-belakang”.

Ok la, aku nak makan megi. FAK! la buli rakyat!

Aku suruh makan nasi,

Engkau makan,

Aku suruh makan tahi,

Engkau saran,

Makan nasi gaul tahi.




P/S :: Seluruh teks diatas ditaip menggunakan jari hantu kedua-dua belah tangan, tanda protes!

11

Tertekan Ditekan-tekan



Title : Tertekan Ditekan-tekan.

Medium : Paper, pen dan photoshop. (Again? Boring…)

Technique : Membersihkan bilik menggunakan penyedut hampagas bukan sumbangan SINGER.




Ini untuk kamu sekalian Tanggungjawab, noktah bertindih


Kepada Ibu dan bapaku,

Seluruh ahli anggota keluarga bahagia,

Kepada kerjaya,

Kekasih dan teman wanita, (sorang sahaja)

Saudara yang mara, sepupu belah ayah mak dia.

Dunia hiburan

Lukis dan tulis.

Bidang sukan dan kesihatan.

Amalan dan rutin harian.

Flora dan haiwan serangga,

Dunia reality

Dan alam maya,

Para penyinggah berbahagia

Kedai kopi lepak sampai pagi.

Juga pada Diri sendiri.



Kamu adalah tanggungjawabku,
Apabila setiap kali aku tidak mampu menanggung kamu,
Dan setiap kali itu aku terpaksa menjawab.
Wahai kamu, seperti diatas yang menjadi disebab,
Kamu akan aku tanggung, sehingga hujung hisab (koma dan noktah)





Yang bertanggungjawab untuk menjawab,
SAYA (yang menunggu bola tanggung)

*************************************************************



Segmen soal siasat bersama Professor Serba-Serbi.


+ Kenapa harga beras naik?
= Sebab kita banyak harapkan "Pagar" yang suka makan padi.

+ Kenapa harga minyak naik?
= Sebab orang atasan dah ramai menggatal, suka "jual minyak".

+ Itu aje ke?
= Dan ramai orang atasan kita terpaksa guna minyak nak bagi "Ehem!" tu naik. Sekian Terima Kasih.










9

Kepala Sabit


Title : Kepala Sabit
Medium : paper, marker and photoshop
Technique : Kecewa



Semalam satu Lembah Kelang mengalami PANIC!


Barang siapa yang terdahulu memangkah si dacing tu, pasti gembirakan? Ini yang kamu mahu. Jangan lupa buat sujud syukur. Kalau ini bukan salah satu sebab kamu pangkah dia, apalgi? Saman je la.


"Pak Lah buat hal" Eh, silap, Balik semula.
"Pak Hal buat lah.."


Saya berani jamin, pasti ada salah satu juak-juak mereka, yang baru sertai MLM yang jual sekeping plat jimat minyak, yang berharga ratusan ringgit itu.

Perkara paling terjejas akibat kenaikan mendadak harga minyak ini, sebenarnya ialah, SILATURAHIM.


Mahu balik kampung pun orang dah mula berkira. Raya tahun ni, duduk rumah sahaja la jawabnya. Longgar la Ukhwah, ini lah dia Islam ada Had dan ada Hari.